Judul : Shahrizat tak layak pertikai Wan Azizah, sindir Wanita PKR
link : Shahrizat tak layak pertikai Wan Azizah, sindir Wanita PKR
Shahrizat tak layak pertikai Wan Azizah, sindir Wanita PKR
Malah, kata Zuraida, Shahrizat juga tidak layak untuk mengesyorkan Wan Azizah menyerahkan jawatan ketua pembangkang kepada Lim Kit Siang dari DAP.
PETALING JAYA: Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin membidas Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil dengan menegaskan, beliau sama sekali tidak layak mempertikai status Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Malah, kata beliau, Shahrizat juga tidak layak untuk mengesyorkan Wan Azizah menyerahkan jawatan ketua pembangkang kepada Lim Kit Siang dari DAP.
“Apa hak Shahrizat untuk mencadangkan Wan Azizah supaya meletakkan jawatan untuk memberi laluan kepada Lim Kit Siang menjadi ketua pembangkang?” kata beliau.
Zuraida yang juga Ahli Parlimen Ampang menyoal mengapa Shahrizat secara tiba-tiba berkempen untuk DAP sedangkan semua tahu yang beliau adalah “jurucakap Umno dan Najib yang berdarah murni?”
Dalam satu kenyataan dikeluarkan semalam, Shahrizat mendakwa Kit Siang akan menjadi perdana menteri jika kedudukan DAP, yang kini mendominasi parti-parti pembangkang di Parlimen, kekal dalam Pilihan Raya Umum ke-14.
Kata Shahrizat, memandangkan bilangan kerusi Parlimen DAP lebih banyak daripada pembangkang lain, maka sudah semestinya Kit Siang akan menjadi calon perdana menteri pilihan Pakatan Harapan.
Shahrizat berkata, Wan Azizah, yang juga Presiden PKR, wajar melepaskan jawatan ketua pembangkang dan membiarkan Kit Siang, yang juga penasihat DAP mengambil alih peranan itu.
Katanya, desakan itu dibuat bagi mengelak orang Melayu daripada terpedaya dengan muslihat politik Kit Siang dan DAP.
Malah menurut beliau, Wanita Umno melihat tindakan licik Kit Siang memilih Wan Azizah sebagai ketua pembangkang hanya untuk meyakinkan orang Melayu bahawa Pakatan Harapan dikuasai pemimpin Melayu sedangkan yang sebenarnya, ia dikuasai DAP dan pemimpin Melayu hanya dijadikan boneka politik mereka.
Shahrizat menambah, Wanita Umno mengikuti perjalananan sidang Dewan Rakyat dan satu perkara yang amat jelas, kedudukan Wan Azizah selaku ketua pembangkang tidak dapat dirasai pada persidangan itu kerana sikapnya yang sering diam menikus dalam menerajui barisan pembangkang.
Zuraida juga menyindir, daripada vokal mengenai isu-isu seperti rogol berkanun dan perkahwinan bawah umur, Shahrizat “pemimpin yang dikaitkan dengan skandal lembu”, kini sibuk bercakap tentang kepimpinan Pakatan Harapan.
“Shahrizat sendiri tidak dapat mempertahankan kedudukan (kerusi Parlimen) beliau dan terpaksa meletak jawatan sebagai menteri.
“Selepas senyap sejak beberapa tahun ini, kata-kata pertama beliau adalah mengenai Pakatan Harapan. Jelas sekali, ini adalah untuk mendapatkan pujian Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menjelang pemilihan calon PRU14.”
Shahrizat yang mengepalai Wanita Umno tewas dalam pilihan raya umum 2008 di kawasan Lembah Pantai.
Justeru, Zuraida menambah, pada hari ini satu-satunya pemimpin yang tidak boleh menjadi ketua pembangkang adalah Shahrizat.
“Daripada sejumlah 222 kerusi Parlimen, BN mempunyai 113; pakatan pembangkang mempunyai 89 kerusi, di mana DAP hanya mempunyai 37 kerusi.
“Dari angka-angka ini, satu-satunya (orang) tidak boleh menjadi ketua pembangkang adalah Shahrizat kerana tiada siapa yang akan menyokong beliau walaupun beliau dicampak keluar dari Umno dan mahu menyertai Pakatan Harapan.”
Oleh itu, Zuraida mencadangkan Shahrizat meluangkan masa untuk menangani isu-isu wanita dan bukannya memberi cadangan sombong yang tidak memberi manfaat kepada rakyat dalam apa jua cara.
Demikianlah Artikel Shahrizat tak layak pertikai Wan Azizah, sindir Wanita PKR
Sekianlah artikel Shahrizat tak layak pertikai Wan Azizah, sindir Wanita PKR kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Shahrizat tak layak pertikai Wan Azizah, sindir Wanita PKR dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/04/shahrizat-tak-layak-pertikai-wan-azizah.html