Siti Noor Aishah - simbol semangat anak muda M'sia

Siti Noor Aishah - simbol semangat anak muda M'sia - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Siti Noor Aishah - simbol semangat anak muda M'sia, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Siti Noor Aishah - simbol semangat anak muda M'sia
link : Siti Noor Aishah - simbol semangat anak muda M'sia

Baca juga


Siti Noor Aishah - simbol semangat anak muda M'sia

MALAYSIAKINI



Nasib Siti Noor Aishah Atam, pelajar anak muda yang ditahan di bawah SOSMA dan POTA, bukan hanya mengancam hak asasi manusia tetapi juga pencabulan ke atas hak kebebasan dan intelek generasi anak muda hari ini.

Tidak pernah generasi anak muda dan mereka yang mendokong aspirasi tinggi seperti pemimpin muda, Rafizi Ramli dicabar begitu hebat seperti apa yang berlaku hari ini.

Baru-baru ini, aktivis anak muda Adam Adli, Che Gu Bard dan Safuan Anang dikenakan hukuman denda RM6,000 dan sekali gus menghilangkan kelayakan menyertai pilihanraya untuk mewakili suara anak muda.

Rafizi Ramli pula dikenakan hukuman penjara melebihi 2 tahun yang menghilangkan kelayakan beliau bertanding semula.

Anis Syafiqah, Shazni Munir, Khairol Najib dan kini Siti Noor Aishah adalah di antara mangsa terkini tindakan zalim kerajaan.

Dari Sosma ke Pota

Semua mengetahui Siti Noor Aishah pada mulanya di penjarakan dibawah SOSMA dan selepas dibebaskan oleh mahkamah ditangkap pula dibawah POTA oleh pihak berkuasa.

Taktik intimidasi kepada anak muda serta rakyat jelas ditunjukkan dalam cara penyerbuaan rumah kampung keluarga Siti Noor Aishah di Dungun, Terengganu oleh 40 orang anggota keselamatan yang bersenjata apabila menangkap beliau.

Ini adalah kegunaan kuasa secara keterlaluan atau 'excessive force' untuk mengintimidasi generasi anak muda seorang wanita yang lemah dan miskin.

Dua belas buku yang disabitkan kesalahan Siti Noor Aishah sehingga hari ini, selepas tempoh satu tahun, masih tidak diharamkan oleh pihak berkuasa.

Buku-buku ini masih dijual di beberapa kedai buku awam.

Jika betul buku -buku tersebut adalah sebab utama Siti Noor Aishah ditangkap, pihak berkuasa sangat tidak bertanggungjawab kerana selepas satu tahun, masih mendedahkan orang ramai kepada 'bahaya' buku -buku tersebut yang boleh menyebabkan mereka juga ditangkap.

Dimanakah konsistensi dan sikap bertanggungjawab kerajaan dalam isu ini ? Isu ini perlu dijawab di Parlimen kerana Parlimen telah baru- baru ini meluluskan SOSMA dan juga POTA yang sekarang disalah gunakan.

Janji TN50

Intimidasi ke atas generasi anak muda oleh pihak berkuasa digandingkan pula dengan propaganda kepada anak muda melalui Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin yang menjanjikan masa depan yang cerah tanpa dibelenggu hutang melalui TN50 pada tahun 2050.

Pertamanya, intimidasi tuduhan ke atas Siti Noor Aishah tidak terbukti dari aspek bukti dan hujah yang lemah dimana mahkamah sendiri membebaskan beliau.

Laporan awam tentang ancaman budaya takfiri tempatan yang dirakamkan, dimana pihak tertentu di masjid dan surau bertindak secara ekstrim mengistiharkan 'halal darah' dan wajib 'dihapuskan' sehingga kini belum ada apa -apa tindakkan oleh pihak berkuasa.

Perkara ini telah berkali-kali dibawa ke Parlimen. Ini adalah aspek tindakan secara terpilih (selective prosecution) ke atas anak muda sementara pesalah kalangan ekstrimis agamawan tidak diambil tindakan sepatutnya oleh kerajaan dan pihak berkuasa.

Janji Khairy kepada anak muda tidak mempunyai kredibiliti apabila keadaan beban hutan yang tidak ada penyelesaiaan dengan lebih dari 530,000 rakyat menganggur dimana 30 peratus adalah anak muda, masalah mendapat biasiswa atau pinjaman pendidikan serta untuk milik rumah tidak nampak penghujung penyelesaiaannya.

Propaganda intimidasi dan janji manis adalah gandingan taktik kerajaan untuk melemah dan melalaikan generasi muda.

Simbol masalah anak muda

Siti Noor Aishah adalah simbol mencerminkan masalah yang dihadapi oleh generasi anak muda hari ini. Beliau adalah seorang pelajar muda cerdik yang sedang membuat kajian untuk sarjana dari keluarga luar bandar yang miskin.

Keluarga Siti Noor Aishah yang susah mesti meminjam dari orang ramai untuk pembelaan guamannya yang mahal.

Aishah dan keluarganya tidak mempunyai sesiapa yang mempunyai kedudukan atau pengaruh untuk membela beliau.

Aishah adalah 'soft target' atau sasaran yang mudah, untuk pihak berkuasa menjadikan contoh kambing hitam dalam kalangan anak muda supaya mereka tunduk dan tidak berani atau berupaya menuntut hak mereka.

Kerana itulah, Siti Noor Aishah perlu pembelaan dari semua pihak. Anak-anak kita atau kita sendiri yang suka membaca dan menyelidik, berpotensi terdedah menjadi mangsa seperti Siti Noor Aishah.

Hari ini Siti Noor Aishah, esok siapa pula? Ini bukan isu Siti Noor Aishah sahaja, tetapi isu hak kemanusiaan dan masa depan anak muda yang diminta kerajaan mengejar tahun 2050 kerana impian 2020 telah gagal dicapai bukan hanya dari aspek pendapatan kewangan tetapi juga dari aspek hak asasi kita.

Malaysia negara maju hanya pada kulitnya, sementara isinya masih diselubungi sikap pemikiran atau mentaliti dunia kelas ketiga.

Anak muda yang celik maklumat tentu sedar ini semua. Kerana itulah kerajaan menganggap mereka ancaman kepada pemerintah hari ini.


* RAJA BAHRIN SHAH adalah ahli Parlimen Kuala Terengganu dari AMANAH.



Demikianlah Artikel Siti Noor Aishah - simbol semangat anak muda M'sia

Sekianlah artikel Siti Noor Aishah - simbol semangat anak muda M'sia kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Siti Noor Aishah - simbol semangat anak muda M'sia dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/04/siti-noor-aishah-simbol-semangat-anak.html

Subscribe to receive free email updates: