Judul : Tangguh pindaan Akta 164 - Mufti Perak
link : Tangguh pindaan Akta 164 - Mufti Perak
Tangguh pindaan Akta 164 - Mufti Perak
ANTARAPOS.COM
IPOH: Kerajaan harus menangguhkan pembentangan Pindaan Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 (Akta 164) kerana ia bertentangan dengan Perlembagaan dan hukum syarak serta dianggap memperlekeh dan menghina Islam.
Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria, berkata bacaan kali kedua pindaan akta berkenaan yang dijangka dibentangkan minggu ini juga bertentangan dengan fatwa yang diputuskan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan ke-87 pada Jun tahun 2009.
Katanya, jawatankuasa berkenaan memutuskan apabila salah seorang pasangan ibu atau bapa memeluk Islam, status agama bagi anak bawah umur pasangan itu secara automatik beragama Islam.
Justeru, katanya, pindaan akta berkenaan yang menyebut apabila salah seorang pasangan memeluk Islam dan berlaku perceraian, penukaran status agama anak hanya boleh dilakukan selepas mencapai usia 18 tahun dan mendapat persetujuan kedua-dua ibu bapa, adalah bertentangan dengan apa yang diputuskan dalam fatwa serta ditetapkan hukum syarak.
"Oleh itu, pembentangan ini seolah-olah memperlekeh dan menghina fatwa, atau tidak menghormati fatwa yang sudah dibuat.
"Perkara ini cukup berat dan bertentangan dengan Perlembagaan yang meletakkan Islam sebagai agama bagi Persekutuan dan penentangan hukum yang ditetapkan oleh syarak.
"Yang paling berat sekali ialah apabila kita melakukan sesuatu bertentangan dengan Perlembagaan, bermakna kita tidak mentadbir negara ikut Perlembagaan," katanya pada sidang media di pejabatnya di sini hari ini.
Harussani yang juga mufti paling kanan di negara ini, berkata kerajaan harus menarik balik pindaan akta itu buat masa ini dan kekalkan dengan peruntukan sedia ada supaya tidak timbul kekeliruan dan kemarahan umat Islam, selain boleh mencetuskan masalah lebih berat pada masa akan datang.
"Jadi, ini tiga perkara yang cukup berat yang berlaku jika (pindaan) undang-undang ini dibentang dan diluluskan, kerana itu saya percaya tugas saya sebagai mufti menasihatkan supaya akta ini ditarik balik dan jangan dibentang pada waktu ini," katanya.
Beliau berkata, peruntukan undang-undang sedia ada sebenarnya tidak mengundang masalah sekiranya kerajaan bertegas dan berharap Ahli Parlimen beragama Islam tidak menggadaikan agama demi kompromi politik, ibarat peribahasa 'harapkan pegar, pegar makan padi'.
Demikianlah Artikel Tangguh pindaan Akta 164 - Mufti Perak
Sekianlah artikel Tangguh pindaan Akta 164 - Mufti Perak kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Tangguh pindaan Akta 164 - Mufti Perak dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/04/tangguh-pindaan-akta-164-mufti-perak.html