'Terima Kasih McD Bagi Peluang Adik Saya Kerja'

'Terima Kasih McD Bagi Peluang Adik Saya Kerja' - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul 'Terima Kasih McD Bagi Peluang Adik Saya Kerja', kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : 'Terima Kasih McD Bagi Peluang Adik Saya Kerja'
link : 'Terima Kasih McD Bagi Peluang Adik Saya Kerja'

Baca juga


'Terima Kasih McD Bagi Peluang Adik Saya Kerja'

Cheras - "Walaupun adik saya ini sindrom down, serba kekurangan, sekurang-kurangnya McD beri peluang untuk anak-anak syurga seperti Azib urus diri." demikian tulis Mior Azlan Junior yang tidak putus-putus berterima kasih kepada Mcd yang memberi peluang untuk adiknya, Mior Azib Mior Kamarulbaid, 23 tahun.

Video viral Azlan & beberapa ahli keluarga yang menghantar adiknya ke premis McDonald's Bandar Tun Hussein Onn, viral di media sosial. Azib yang berkemeja putih, dipakaikan apron dan topi sebelum diajar bagaimana melakukan tugasannya.



Bagi Azlan, soal gaji tidak begitu penting asalkan adiknya itu diberi peluang untuk menguruskan diri.

"Saya tidak kisah tentang gaji, yang penting Azib boleh bantu diri dia untuk teruskan kehidupan seperti orang lain. Terima kasih McD, semoga Allah beri ganjaran atas niat murni bantu anak-anak syurga," tulisnya.

Justeru, Azlan amat berharap syarikat-syarikat yang lain dapat memberi peluang kepada anak-anak syurga seperti Azib kerana golongan sepertinya tidak sepatutnya disisihkan dari masyarakat.

"Saya harap syarikat-syarikat di luar sana yang berkemampuan berilah peluang kepada anak-anak syurga ini. Bagilah peluang walaupun sekali. Mereka bukan orang biasa tetapi mereka ini luar biasa. Nikat yang Allah beri pada mereka, kita boleh kongsi untuk saham akhirat," tulisnya lagi.

Reaksi netizen? Ramai yang bangga dan teruja dengan melihat seorang abang sanggup menemani hari pertama adiknya yang menghidap sindrom down bekerja. Malah, tidak kurang juga yang memuji Azib ada inisiatif untuk berdikari berbanding sesetengah individu di luar sana yang mengharapkan wang jatuh dari langit.

Alangkah bertuahnya Azib mempunyai abang dan keluarga yang amat prihatin sebegini. Semoga urusannya dipermudahkan.


Demikianlah Artikel 'Terima Kasih McD Bagi Peluang Adik Saya Kerja'

Sekianlah artikel 'Terima Kasih McD Bagi Peluang Adik Saya Kerja' kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel 'Terima Kasih McD Bagi Peluang Adik Saya Kerja' dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/04/terima-kasih-mcd-bagi-peluang-adik-saya_14.html

Subscribe to receive free email updates: