Judul : Usul Hadi cetuskan perang mulut MCA-DAP
link : Usul Hadi cetuskan perang mulut MCA-DAP
Usul Hadi cetuskan perang mulut MCA-DAP
MALAYSIAKINI"Walaupun MCA hanya mempunyai tiga penyokong kerajaan, dua ahli parlimen MCA - Anggota Parlimen Tebrau Khoo Soo Siang dan Anggota Parlimen Alor Gajah Datuk Koh Nai Kwong berpendiriah teguh dan mencabar usul PAS itu dengan melemparkan soalan.
"DAP mempunyai 36 ahli parlimen tetapi senyap atau tidak kelihatan. Di mana mereka?" soal MCA di media sosial semalam.
Takiyuddin menyampaikan ucapan menyokongnya selepas Hadi membentangkan usul yang bertujuan untuk meningkatkan had hukuman bagi kesalahan syariah kepada penjara sehingga 30 tahun, denda maksimum RM100,000 dan sebatan sehingga 100 kali.
Had semasa hukuman jenayah syariah adalah penjara tiga tahun, denda RM5,000 dan enam sebatan.
Khoo, yang mencelah semasa ucapan Takiyuddin berkata, masyarakat bukan Islam melihat usul Hadi sebagai melanggar Perlembagaan Persekutuan, manakala Koh menyoal sama ada pindaan itu bertentangan dengan Perkara 8 Perlembagaan mengenai isu kesamarataan di sisi undang-undang.
"Kedua-dua Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng, malah tidak ada di dalam Dewan," kata Chong dalam akaun Facebooknya.
Warga maya, bagaimanapun menyangkal dakwaan MCA itu, dengan berkata Kit Siang dan rakannya Gobind Singh Deo, cuba menghalang Hadi daripada membentangkan usul itu walaupun sebelum ahli parlimen Marang sempat membacakannya.
Demikianlah Artikel Usul Hadi cetuskan perang mulut MCA-DAP
Sekianlah artikel Usul Hadi cetuskan perang mulut MCA-DAP kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Usul Hadi cetuskan perang mulut MCA-DAP dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/04/usul-hadi-cetuskan-perang-mulut-mca-dap.html