Wakil PAS S'wak tawar diri bertanding kerusi Mahfuz

Wakil PAS S'wak tawar diri bertanding kerusi Mahfuz - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Wakil PAS S'wak tawar diri bertanding kerusi Mahfuz, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Wakil PAS S'wak tawar diri bertanding kerusi Mahfuz
link : Wakil PAS S'wak tawar diri bertanding kerusi Mahfuz

Baca juga


Wakil PAS S'wak tawar diri bertanding kerusi Mahfuz


MUKTAMAR | Perwakilan PAS dari Sarawak, Hamdan Sani meletakkan harapan besar kepada kepimpinan parti supaya memilih calon Bumi Kenyalang itu untuk bertanding di kerusi boleh menang dalam pilihan raya umum ke-14 nanti.

Malah, beliau sempat menawarkan diri untuk bertanding di kerusi Pokok Sena yang kini disandang oleh bekas naib presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

Menurutnya, saranan itu dikemukakan bertujuan supaya ada suara yang dapat mewakili masyarakat Sarawak daripada PAS di Parlimen.

"Masalah rakyat dan isu pentadbiran di Sarawak akan lebih didengari atau wakil rakyat PAS Sarawak (yang) boleh bercakap di parlimen.

"Oleh demikian, kami mencadangkan agar boleh dipertimbangkan calon dari Sarawak untuk bertanding di kerusi Parlimen yang boleh menang di Semenanjung Malaysia," katanya pada sesi membahas ucapan dasar presiden PAS, pada Muktamar tahunan PAS Ke-63 di Alor Setar, hari ini.

Terdahulu, ucapannya diusik oleh timbalan pengerusi tetap yang bertindak sebagai pengerusi acara kerana sudah kehabisan masa yang diperuntukkan.

Hamdan, kemudiannya meminta masa untuknya ditambah dan meneruskan ucapannya sekaligus menwarkan diri untuk bertanding di kerusi Pokok Sena.

Tawaran itu sekali gus mendatang rasa lucu di kalangan para perwakilan termasuk kepimpinan tertinggi, malah Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang turut kelihatan tercuit hati dengan permintaan perwakilan tersebut.

Sementara itu, Hamdan berkata, menjadi harapan rakyat Sarawak dapat disampaikan oleh wakil rakyat berkenaan dengan lebih efektif dan relevan.

"Akhir kata, kami juga mohon doa agar kami dapat memenangi kerusi DUN sulong di Sarawak, sekiranya kami menang satu kerusi, Insya-Allah PAS pusat bolehlah mempertimbangkan agar muktamar pada tahun tersebut dibuat di Pulau Borneo.

"Bersama kekuatan rakan kami, di Sabah. Contohnya, saya bersedia jika diberi peluang untuk bertanding di kerusi Parlimen Pokok Sena (Kedah).

"Bukan setakat itu saja, kami juga mempunyai pemimpin Iban dan penyokong-penyokongnya dalam PAS. Jika parti lain tidak berjaya mengangkat dan membela kaum Iban, PAS sebagai parti Islam akan berada di sisi kaum Iban," katanya.




Demikianlah Artikel Wakil PAS S'wak tawar diri bertanding kerusi Mahfuz

Sekianlah artikel Wakil PAS S'wak tawar diri bertanding kerusi Mahfuz kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Wakil PAS S'wak tawar diri bertanding kerusi Mahfuz dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/04/wakil-pas-swak-tawar-diri-bertanding.html

Subscribe to receive free email updates: