Wanita Tumpang Berteduh Di Masjid Dihalau Keluar

Wanita Tumpang Berteduh Di Masjid Dihalau Keluar - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Wanita Tumpang Berteduh Di Masjid Dihalau Keluar, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Wanita Tumpang Berteduh Di Masjid Dihalau Keluar
link : Wanita Tumpang Berteduh Di Masjid Dihalau Keluar

Baca juga


Wanita Tumpang Berteduh Di Masjid Dihalau Keluar

"Nasiblah akak fikir memang akak yang salah, jadi akak diamkan saja," demikian tulis Lisza Laressa di Facebooknya apabila dia bersama ibu bapanya ditengking oleh seorang lelaki di masjid Hospital Besar Kuala Lumpur.

Meskipun Lisza mengakui akan kesilapan dirinya namun dia dan keluarga tiada pilihan dan terpaksa berteduh di situ kerana cuaca di luar hujan lebat, ditambah lagi dengan kilat sabung menyabung.

Namun, kehadiran mereka di masjid itu tidak disenangi oleh seorang lelaki yang datang meminta Lisza keluar dari masjid itu kerana tidak memakai tudung.

"Memang salah akak, kawasan masjid kena pakai tudung. (Kami berteduh di sini) pun sebab nak tumpang teduh sementara menunggu hujan dan petir reda. Sementara itu nak temankan mak makan nasi. Yelah, dari pagi mak tak makan apa-apa, sementara nak tunggu masa melawat adik yang terlibat dalam kemalangan berada di wad.

"Tiba-tiba ada seorang hamba Allah datang terus sound," tulisnya.

Ini masjid, kan? Ini masjid, kan? Kau tu tak pakai tudung. Tolong hormat masjid. So kau boleh keluar sekarang!

Lisza bagaimanapun mahu menunggu ibunya habis makan dahulu sebelum beredar. Namun lelaki berkenaan sekali lagi datang menghampiri mereka.

Kan aku dah kata, kan? Ini masjid, kan? Kau ini tak hormat masjid ke?!

"Selepas isteri saya makan, kami semua akan keluar. Lagipun hujan lebat dan petir. Saya nak berteduh sekejap," kata ayah Lisza.

Lisza kesal dengan tindakan lelaki berkenaan yang memarahi ayahnya, sedangkan dia yang bersalah, bukannya ayah dia yang patut dilepaskan kemarahan itu.

Orang ramai di sekeliling cuba meleraikan mereka dan menyuruh Lisza dan ibu bapanya beredar bagi mengelakkan keadaan bertambah buruk.

"Kasihan mak abah, orang main herdik-herdik saja. Alahai, besar sangat ke salah akak? Disebabkan hujan lebat, petir kilat, terima kasih atas ihsan orang ramai bagi payung untuk mak abah dan kami bertiga yang keluar dalam hujan lebat.

"Akak terpaksa berhujan sebab payung untuk mak dan ayah gunakan. Jadi, korang boleh bayangkan macam mana situasi itu, kan? Cuba bayangkan kalau mak ayah kita kena situasi seperti ini," tulisnya.



Sementara itu di media sosial, netizen mengecam tindakan lelaki terbabit yang dianggap keterlaluan sehingga hilang hormat pada orang tua dan masjid.

Bagi netizen, lelaki itu sepatutnya membuat teguran secara beradab, bukannya memalukan tiga beranak berkenaan.

Tidak kurang juga ada yang meminta Lisza membuat aduan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM).


Demikianlah Artikel Wanita Tumpang Berteduh Di Masjid Dihalau Keluar

Sekianlah artikel Wanita Tumpang Berteduh Di Masjid Dihalau Keluar kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Wanita Tumpang Berteduh Di Masjid Dihalau Keluar dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/04/wanita-tumpang-berteduh-di-masjid_11.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :