Zahid: Saya tak saran hapus sekolah pelbagai aliran

Zahid: Saya tak saran hapus sekolah pelbagai aliran - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Zahid: Saya tak saran hapus sekolah pelbagai aliran, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Zahid: Saya tak saran hapus sekolah pelbagai aliran
link : Zahid: Saya tak saran hapus sekolah pelbagai aliran

Baca juga


Zahid: Saya tak saran hapus sekolah pelbagai aliran

 
Zahid berkata, cadangan itu bertujuan perkukuhkan sistem pendidikan negara supaya integrasi nasional diwujudkan tanpa mengetepikan dasar pelajaran kebangsaan.


zahid-sekolah

KUALA KANGSAR: Cadangan supaya sistem pendidikan negara dikaji semula bagi mewujudkan perpaduan nasional bukan bertujuan menghapuskan sekolah pelbagai aliran, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata, cadangan itu bertujuan perkukuhkan sistem pendidikan negara supaya integrasi nasional diwujudkan tanpa mengetepikan dasar pelajaran kebangsaan terutama di peringkat sekolah rendah.

Kata beliau, tetapi apabila di peringkat sekolah menengah, kurikulum yang baharu ke arah mewujudkan penyatuan bangsa Malaysia hendaklah dilihat dengan teliti.

“Jangan salah tafsirkan bahawa kerajaan mahu hapuskan sistem pendidikan 3 aliran di negara ini dan saya tidak sarankan penghapusan sekolah pelbagai aliran.

“Ini selari dengan dasar pelajaran kebangsaan yang menyebut bahasa-bahasa ibunda hendaklah digalakkan pengajarannya di sekolah rendah tetapi kita mesti mencari jalan untuk menyatukan kurikulum pendidikan agar perpaduan nasional diterjemahkan,” kata beliau dipetik Utusan Online.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menghadiri program Ekspresi Negaraku di Dataran Pavilion di sini hari ini.

Semalam, Ahmad Zahid berkata sistem pendidikan negara perlu dikaji semula bagi mewujudkan perpaduan nasional kerana kaedah yang diguna pakai sekarang terutama dengan kehadiran sekolah pelbagai aliran menyukarkan berlakunya silang budaya dalam kalangan murid dan pelajar.

Beliau berkata, kewujudan sistem persekolahan pelbagai aliran bermula daripada peringkat prasekolah sehingga ke sekolah menengah merencatkan agenda perpaduan yang diinginkan.

Dalam pada itu, Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, kementeriannya sedia mengkaji sukatan pelajaran serta program-program sedia ada dalam usaha meningkatkan lagi tahap perpaduan dalam kalangan pelajar.

Beliau berkata, apa yang dinyatakan Zahid semalam adalah langkah untuk mengeratkan perpaduan kaum yang lebih kukuh dapat dilakukan melalui sistem pendidikan.

“Kalau semua sekolah lain-lain, macam mana boleh disatukan. Timbalan Perdana Menteri mahu bagaimana perpaduan itu boleh dibawa melalui pendidikan,” katanya di Kuala Nerang.

Mengulas lanjut, Mahdzir berkata, beliau akan mengambil tanggungjawab itu agar aspek perpaduan dan hubungan kaum antara pelajar di sekolah berada di landasan yang betul dan saling terjalin antara satu sama lain.

“Apabila teguran datang daripada Timbalan Perdana Menteri, saya sebagai menteri yang bertanggungjawab akan ambil tanggungjawab supaya perpaduan ini dapat ditingkatkan.

“Kita akan kaji keseluruhan supaya dalam konteks perpaduan itu dapat ditingkatkan,” katanya.

Beliau berkata, perpaduan dalam kalangan rakyat adalah penting supaya apa sahaja program kerajaan yang akan dilaksanakan akan mendapat sambutan daripada semua kaum demi masa depan negara.

Katanya, dengan tercapainya hasrat itu nanti, tiada sesuatu kaum merasakan program yang diadakan kerajaan hanya untuk kaum tertentu sahaja.



Demikianlah Artikel Zahid: Saya tak saran hapus sekolah pelbagai aliran

Sekianlah artikel Zahid: Saya tak saran hapus sekolah pelbagai aliran kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Zahid: Saya tak saran hapus sekolah pelbagai aliran dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/04/zahid-saya-tak-saran-hapus-sekolah.html

Subscribe to receive free email updates: