Adam Rosly dakwa kenyataan Rafizi berniat jahat

Adam Rosly dakwa kenyataan Rafizi berniat jahat - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Adam Rosly dakwa kenyataan Rafizi berniat jahat, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Adam Rosly dakwa kenyataan Rafizi berniat jahat
link : Adam Rosly dakwa kenyataan Rafizi berniat jahat

Baca juga


Adam Rosly dakwa kenyataan Rafizi berniat jahat

MALAYSIA DATELINE


Pemimpin muda PKR Datuk Adam Rosly Abdullah tidak berpuas hati dengan tindakan Naib Presiden PKR Rafizi Ramli dakwanya berniat jahat dengan 'mengukum'nya sebelum beliau didapati bersalah.

Terdahulu, Rafizi menyuruh Adam Rosly bercuti dan mahu parti menjarakkan diri daripada kes pendakwaan yang sedang dihadapi Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Ampang itu kerana memberi keterangan dan dokumen palsu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Saya amat kecewa dengan kenyataan Rafizi Ramli dalam sidang medianya mengatakan saya bersalah terhadap pendakwaan yang dibuat ke atas saya.

“Beliau tidak menghormati ke atas prinsip seseorang itu belum bersalah selagi belum dibuktikan dan komennya adalah tidak wajar sama sekali kerana kes terhadap saya masih berjalan di mahkamah,” kata Adam Rosly dalam satu kenyataan hari ini.

Adam Rosly mendakwa Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan mempunyai niat jahat terhadap serangan yang dilakukan kepada dirinya.

“Serangan beliau ke atas saya berniat jahat dan mempunyai agenda tertentu,” katanya lagi.

Bagaimanapun, Adam Rosly berkata, beliau akur akan melepaskan jawatannya sementara waktu menunggu perbicaraan kesnya selesai dan berjanji untuk menjalankan tugas selaku Ketua AMK Ampang sebaik berakhir perbicaraan.

“Sementara menunggu keputusan akhir prosiding mahkamah adalah wajar saya mengambil cuti dari kedudukan saya sebagai Ketua AMK Ampang dalam PKR.

“Saya sudah menghantar surat memaklumkan kepada Presiden dan ketua cabang memaklumkan pendirian saya berhubung perkara ini,” kata beliau.

Adam Rosly, 29, berdepan enam tuduhan memberi keterangan dan dokumen palsu di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 21 April lalu.

Beliau didakwa memberi keterangan berkenaan untuk memperdaya pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia yang menyiasat sumber kekayaannya.

Semalam turut dilaporkan AMK Ampang melantik Harris Idaham Rashid bagi memangku jawatan Adam Rosly.

Pelantikan itu berkuatkuasa serta-merta.

Keputusan itu dicapai dalam mesyuarat ahli jawankuasa AMK Ampang.

Harris adalah Ketua Biro Guaman AMK Selangor akan memangku jawatan tersebut dan menggalas segala tanggungjawab Ketua AMK sehingga ada perubahan kepada tampuk kepimpinan AMK Ampang.

Katanya, perlantikan ini juga telah mendapat persetujuan daripada Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat Ampang, Zuraida Kamaruddin.



Demikianlah Artikel Adam Rosly dakwa kenyataan Rafizi berniat jahat

Sekianlah artikel Adam Rosly dakwa kenyataan Rafizi berniat jahat kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Adam Rosly dakwa kenyataan Rafizi berniat jahat dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/05/adam-rosly-dakwa-kenyataan-rafizi.html

Subscribe to receive free email updates: