Judul : AG seperti perkecil siasatan SPRM ke atas SRC, kata Salahuddin
link : AG seperti perkecil siasatan SPRM ke atas SRC, kata Salahuddin
AG seperti perkecil siasatan SPRM ke atas SRC, kata Salahuddin
HAZAYANI ZAKARIAParti Amanah Negara (Amanah) kesal terhadap sikap Peguam Negara Tan Sri Apandi Ali yang seolah-olah memperkecil siasatan Suruhanjaya Pencegahan Malaysia (SPRM) ke atas syarikat SRC International (SRC).
Timbalan Presidennya Salahuddin Ayub berkata, beliau bimbang sikap Apandi itu akan menggagalkan lagi sisatan ke atas SRC.
"Saya kesal bagaimana terdapat kenyataan yang sangat tidak sesuai bagi seorang Peguam Negara yang seolah-olah ingin memperkecil isu siasatan SPRM terhadap SRC.
"Sebaliknya beliau berkata isu Pulau Batu Puteh lebih penting dalam menjawab soaan wartawan yang meminta pandangan beliau terhadap isu penyiasatan SRC.
"Peguam Negara memberi satu respons yang bukan sahaja tak jawab soalan tapi cuba mengalihkan perhatian rakyat terhadap Pulau Batu Puteh yang dibawa ke ICJ.
"Kenyataan Peguam Negara ini seolah-olah satu isyarat saya bimbang oleh kerana hak pendakwaan itu akhirnya akan sampai ke meja peguam negara," katanya dalam sidang media di Wisma Amanah Negara hari ini.
Sebelum ini, Apandi memberi tempoh sebulan kepada SPRM untuk melengkapkan siasatan terhadap kes aliran wang dari SRC International, anak syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Apandi bagaimanapun enggan mengulas mengenai kandungan didedahkan blog SPRMInsider yang mendakwa dana SRC itu turut disalurkan ke beberapa individu serta syarikat yang dikaitkan dengan Umno.
Apandi juga berkata, orang ramai patut lebih bimbang mengenai isu Pulau Batu Puteh yang dipertikaikan di peringkat antarabangsa.
Beliau sebelum itu turut memberikan perkembangan terkini mengenai pertikaian berkenaan.
"Jika anda benar-benar rakyat Malaysia, anda patut menulis lebih banyak mengenai Pulau Batu Puteh. Itu untuk negara," katanya.
Justeru, Salahuddin berkata, Pakatan Harapan akan berjuang untuk memberi kuasa penuh kepada SPRM melakukan pendakwaan dalam penyiasatan kes rasuah.
Beliau berkata, agenda itu akan dimasukkan ke dalam manifesto Pakatan Harapan.
"Antara reform yang akan diperkenalkan yang akan diletakkan dalam manifesto Pakatan Harapan, kita akan memperjuangkan atau memelihara integriti sistem pengasingan kuasa dalam negara
"Pakatan Harapan akan bawa cadangan membawa hak pendakwaan kepada SPRM kerana khirnya SPRM menghadapi masalah tidak dibenarkan Peguam Negara untuk bawa kes ini untuk didakwa," katanya.
Demikianlah Artikel AG seperti perkecil siasatan SPRM ke atas SRC, kata Salahuddin
Sekianlah artikel AG seperti perkecil siasatan SPRM ke atas SRC, kata Salahuddin kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel AG seperti perkecil siasatan SPRM ke atas SRC, kata Salahuddin dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/05/ag-seperti-perkecil-siasatan-sprm-ke.html