Akta 355 berbangkit dalam pertemuan Azmin-PAS

Akta 355 berbangkit dalam pertemuan Azmin-PAS - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Akta 355 berbangkit dalam pertemuan Azmin-PAS, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Akta 355 berbangkit dalam pertemuan Azmin-PAS
link : Akta 355 berbangkit dalam pertemuan Azmin-PAS

Baca juga


Akta 355 berbangkit dalam pertemuan Azmin-PAS

MALAYSIAKINI


Banyak perkara dikaitkan sebagai punca keruhnya hubungan PKR-PAS, termasuklah gara-gara konsert penyanyi dance-pop Amerika Syarikat Selena Gomez di Shah Alam pada 25 Julai lalu.

Bagaimanapun, sebab nombor satu dalam tiga senarai PAS semalam, berkaitan usaha PAS meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965.

Menteri Besar Datuk Azmin Ali pagi tadi enggan mendedahkan butiran berkaitan pertemuan 60 minit pagi tadi dengan tiga exco PAS dan pesuruhjaya negerinya di Shah Alam pagi tadi.

Bagaimanapun, menurut sumber yang mengetahui pertemuan itu, isu berkaitan usul Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu berbangkit semula dalam pertemuan itu.

Setelah dituduh “menentang agenda Islam”, seperti usul Hadi, Azmin dikatakan turut meluahkan rasa kecewanya di hadapan empat pemimpin kanan PAS negeri itu.

Sumber juga berkata Azmin membangkitkan kenyataan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 8 April lalu, yang melihat pelbagai aspek Mahkamah Syariah dan bukan hanya aspek hukuman seperti dicadangkan Hadi.

Ia termasuk isu keutuhan, kebebasan dan kecekapan kehakiman Mahkamah Syariah, sistem penjara, program latihan, infrastruktur lebih baik dan belanjawan yang bersesuaian.

“Dengan kenyataan 8 April itu, tuduhan Majlis Syura PAS bahawa PKR khianati tahalus siyasi tak boleh diterima oleh PKR,” kata sumber kepada Malaysiakini.

Azmin pagi tadi memanggil tiga exco PAS dalam kerajaan negeri – Datuk Iskandar Samad, Zaidy Abdul Talib dan Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi – dan pesuruhjaya baru parti itu Sallehen Mukhyi.

Penjelasan daripada pemimpin-pemimpin kanan PAS Selangor itu akan dibawa ke perhatian Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Ismail untuk tindakan lanjut.

Majlis Syura Ulama semalam mengumumkan kerjasama politik bersama PKR terbatal atas alasan
parti itu banyak melanggar syarat-syaratnya.

Selain Akta 355, PAS juga menuduh PKR khiatat dengan bekerjasama dengan pihak yang mahu menjatuhkan kerajaan Kelantan dan menentang PAS dalam pilihan raya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar, iaitu serpihannya Parti Amanah Negara (AMANAH).

PAS meletakkan tindakan politik dan urusan pentadbiran negeri Selangor kepada jawatankuasa kerja pusatnya dengan membangkitkan isu maslahah dan kepentingan Islam serta rakyat.




Demikianlah Artikel Akta 355 berbangkit dalam pertemuan Azmin-PAS

Sekianlah artikel Akta 355 berbangkit dalam pertemuan Azmin-PAS kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Akta 355 berbangkit dalam pertemuan Azmin-PAS dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/05/akta-355-berbangkit-dalam-pertemuan.html

Subscribe to receive free email updates: