Judul : Anwar sebagai PM hanya cadangan PKR, PH belum bincang
link : Anwar sebagai PM hanya cadangan PKR, PH belum bincang
Anwar sebagai PM hanya cadangan PKR, PH belum bincang
Oleh Ainor Rahim
SHAH ALAM: Sungguhpun Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bersedia untuk menjadi 'pemanas kerusi' untuk suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim, namun Pakatan Harapan (PH) masih belum mengadakan sebarang perbincangan mengenai calon perdana menteri sekiranya menang dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 akan datang.
Ketua Setiausaha Sekretariat PH, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, langkah untuk menamakan Anwar sebagai calon perdana menteri adalah cadangan di peringkat PKR sahaja.
"PH belum pernah berbincang mengenai jawatan tersebut. Namun, PKR secara jelas menamakan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan ada juga parti dalam PH yang menyokong idea itu.
"Sepertimana yang saya katakan, PH masih belum duduk berbincang mengenai calon Perdana Menteri," katanya selepas sidang media di Ibu Pejabat PKR hari ini.
Terdahulu, Wan Azizah yang juga Presiden PKR pernah menyatakan bahawa beliau tiada masalah menjadi pemegang sementara jawatan perdana menteri kepada suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Malah katanya lagi, beliau sedia melepaskan jawatan itu sekiranya pembangkang menang pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang, untuk memberi laluan kepada Anwar.
Kongres Nasional PKR pada Ahad lalu riuh dengan sokongan padu mahukan Anwar menjadi Perdana Menteri seterusnya mendesak pembebasan Ketua Umum PKR itu daripada penjara.
Pakatan pembangkang yang dianggotai empat parti iaitu PKR, DAP, Amanah dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu sehingga kini masih belum menamakan calon yang bakal diangkat memegang jawatan itu.
Demikianlah Artikel Anwar sebagai PM hanya cadangan PKR, PH belum bincang
Sekianlah artikel Anwar sebagai PM hanya cadangan PKR, PH belum bincang kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Anwar sebagai PM hanya cadangan PKR, PH belum bincang dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/05/anwar-sebagai-pm-hanya-cadangan-pkr-ph.html