Judul : Azmin tidak hadir mesyuarat Biro Politik PKR malam ini
link : Azmin tidak hadir mesyuarat Biro Politik PKR malam ini
Azmin tidak hadir mesyuarat Biro Politik PKR malam ini
ANTARAPOS.COMSHAH ALAM: Mesyuarat Biro Politik PKR malam ini akan diteruskan tanpa kehadiran Timbalan Presidennya, Datuk Seri Azmin Ali, yang kini berada di Brussels, Belgium atas urusan berkaitan Invest Selangor.
Walhal mesyuarat pada malam ini seperti yang diberitahu Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution, akan menentukan nasib tiga Exco PAS di Selangor, dibawah kepimpinan Azmin.
Saifuddin pada Isnin memberitahu media bahawa Azmin sudahpun memberitahu butiran pertemuannya bersama Pesuruhjaya PAS Selangor, Sallehen Mukhyi dan tiga Exco parti itu, Jumaat lalu.
Bagaimanapun pimpinan tertinggi PAS termasuk Sallehen bertegas wakil parti itu akan meneruskan berkhidmat untuk rakyat dan menyelesaikan mandat yang diberikan kepada mereka pada pilihan raya umum yang lalu.
Azmin pada Selasa lalu bertegas mandat kerjasama PKR-PAS di Selangor akan diteruskan sehingga pilihan raya umum (PRU) akan datang demi mengekalkan komposisi pentadbiran negeri itu.
Bagaimanapun The Star melaporkan, Azmin telahpun meminta ketiga-tiga exco itu meletak jawatan dalam satu pertemuan pada Jumaat lalu, namun ia dinafikan Iskandar dan Ahmad Yunus yang menyifatkannya ia cerita rekaan.
Setiausaha Politik kepada Azmin, Mat Shuhaimi Shafiei turut mengesahkan khabar itu tidak benar.
Demikianlah Artikel Azmin tidak hadir mesyuarat Biro Politik PKR malam ini
Sekianlah artikel Azmin tidak hadir mesyuarat Biro Politik PKR malam ini kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Azmin tidak hadir mesyuarat Biro Politik PKR malam ini dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/05/azmin-tidak-hadir-mesyuarat-biro.html