BERSATU: Bertegas terhadap pemaju China ambil pekerja rakyat sendiri

BERSATU: Bertegas terhadap pemaju China ambil pekerja rakyat sendiri - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul BERSATU: Bertegas terhadap pemaju China ambil pekerja rakyat sendiri, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : BERSATU: Bertegas terhadap pemaju China ambil pekerja rakyat sendiri
link : BERSATU: Bertegas terhadap pemaju China ambil pekerja rakyat sendiri

Baca juga


BERSATU: Bertegas terhadap pemaju China ambil pekerja rakyat sendiri

MALAYSIAKINI


Kerajaan Johor perlu bertegas terhadap pemaju China yang menggunakan sejumlah besar pekerja dari kalangan rakyat China dan bukannya penduduk tempatan, kata anggota Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Tariq Ismail.

Tariq berkata laporan khas oleh Malaysiakini yang mendapati pekerja dari China dibawa masuk menggunakan pas lawatan sosial untuk projek Forest City, dan menguatkan lagi kebimbangan ianya berleluasa.

"Kami memang ada menasihati kerajaan negeri bahawa kami mengesyaki kejadian ini berleluasa.

"Sekarang ini, saya ingin mencabar kerajaan negeri supaya menyahut cabaran kami agar menyokong saranan kami untuk mengulas dasar kerajaan berkenaan pengambilan pekerja asing dan menguatkuasakan kawalan lebih ketat ke atas pengambilan pekerja dari negara China untuk projek-projek tempatan.

"Ini baru isu berkenaan pekerja bagi projek Forest City. Bagaimana pula projek mega lain yang dikendalikan pihak dari negara China?" katanya dalam satu kenyataan

Tariq berkata China, melalui strateginya "One Belt, One Road" akan menghubungkan negara China dengan terus, merangkumi seluruh Asia Tenggara.

Beliau menambah bahawa harus juga diambil kira bahawa China adalah negara berideologi Sosialis/Komunis.

"Di sini kita harus bertanya, apakah ideologi negara Malaysia?" katanya.

Beliau menegaskan tentang perlunya bagi Malaysia untuk mengimbangi unsur-unsur sedemikian.
"Kita harus ingat, negara yang tergadai akan melupuskan maruah kita semua.

"Jangan kita terlalu ghairah mengayakan pihak tertentu, jika akhirnya kita akan kepapaan maruah kita," katanya.

Malaysiakini pada hari Isnin melaporkan bagaimana pekerja dari China telah dibawa masuk bagi projek Forest City dengan menggunakan pas lawatan sosial.

Ia juga menunjukkan bagaimana sesetengah pekerja itu telah terpikat dan ditipu oleh ejen di China untuk bekerja di Malaysia secara haram.

Pemaju projek, Country Garden Pacific View, berkata terdapat pelbagai kontraktor yang bertanggungjawab bagi pekerja untuk projek Forest City dan mengalu-alukan pihak berkuasa untuk menjalankan pemeriksaan.



Demikianlah Artikel BERSATU: Bertegas terhadap pemaju China ambil pekerja rakyat sendiri

Sekianlah artikel BERSATU: Bertegas terhadap pemaju China ambil pekerja rakyat sendiri kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel BERSATU: Bertegas terhadap pemaju China ambil pekerja rakyat sendiri dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/05/bersatu-bertegas-terhadap-pemaju-china.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :