Judul : Cubaan Samun Gagal, Penyamun Tetak Anjing
link : Cubaan Samun Gagal, Penyamun Tetak Anjing
Cubaan Samun Gagal, Penyamun Tetak Anjing
Telok Panglima Garang - Cubaan sekumpulan lelaki bermotosikal menyamun sebuah rumah gagal apabila mereka dihalang seekor anjing yang pemilik rumah berkenaan.Dalam kejadian di sini pada 25 Mei lalu, seramai enam suspek bermotosikal dilaporkan cuba menyamun sebuah rumah penduduk di Taman Perwira.
Bagaimanapun cubaan menyamun itu gagal kerana takut dengan anjing yang ditambat di depan pintu pagar. Berang dengan keadaan itu, salah seorang suspek telah menetak belakang leher anjing terbabit sebelum melarikan diri.
Menurut laman Facebook My Kuala Langat, kumpulan terbabit melarikan diri melalui Taman Sijangkang Jaya dan sanggup mengadai nyawa sendiri dengan menunggang motosikal melawan arus di jalan utama ke Klang.
Difahamkan, kumpulan terbabit kemudian meneruskan kegiatan jenayah mereka di Shah Alam.
Sementara itu di ruangan komen, netizen mengesyaki kumpulan yang sama telah melakukan jenayah yang sama di Taman Keramat, Saujana Sg Buloh, Paras Jaya sehingga ke Kepong.
"Perempuan kena samun semasa keluar dari rumah menuju ke keretanya dalam kejadian jam 11.45 malam, 25 Mei. Beg tangan, handphone, laptop, barang kemas, duit semua disamun," kata Ayiee Azzree.
Demikianlah Artikel Cubaan Samun Gagal, Penyamun Tetak Anjing
Sekianlah artikel Cubaan Samun Gagal, Penyamun Tetak Anjing kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Cubaan Samun Gagal, Penyamun Tetak Anjing dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/05/cubaan-samun-gagal-penyamun-tetak-anjing_28.html