Judul : Dedah segera laporan kematian pelajar tahfiz
link : Dedah segera laporan kematian pelajar tahfiz
Dedah segera laporan kematian pelajar tahfiz
MALAYSIA DATELINESebuah pertubuhan mewakili sekolah tahfiz di Malaysia melahirkan rasa terkilan dengan kelewatan pihak berkuasa mendedahkan laporan perubatan kematian pelajar tahfiz, Mohd Thaqif Amin Mohd Gaddafi, bulan lalu.
Presiden Gabungan Persatuan Institusi Tahfiz al-Quran Kebangsaan (Pinta), Mohd Zahid Mahmood, dipetik berkata, beliau mengesyaki ada sesuatu yang cuba disembunyikan dan tidak dapat didedahkan kepada umum.
Beliau berkata pihaknya dan Madrasah Tahfiz Al-Jauhar (MTAJ) di Kota Tinggi, Johor yang menjadi fokus media susulan kecederaan dialami Thaqif selepas didakwa dipukul oleh seorang pembantu warden, masih belum mendapat sebarang jawapan mengenai punca kematian Thaqif.
“Mungkin ada sebab tertentu yang kerajaan dan pihak perubatan (Kementerian Kesihatan) tidak cerita apa sebenarnya kes Thaqif.
“Dari segi polis, mereka sudah tahu sebab kata 2 minggu sahaja laporan perubatan (siap). Tetapi kita dapati pembantu warden yang ditahan reman sebelum ini dibebaskan atas jaminan bon mahkamah.
“Yang menjadi musykil, apa sebenarnya punca Thaqif meninggal, tidak ada laporan daripada pihak perubatan. Kami tidak mendapat maklum sehingga hari ini,” katanya seperti dilaporkan FMT hari ini.
Thaqif, 11, meninggal dunia pada 27 April di Hospital Sultan Ismail Johor Bahru kerana mengalami pembekuan darah.
Sebelum kematiannya, doktor terpaksa menjalankan pembedahan memotong kakinya kerana jangkitan bakteria, dan menunggu pembedahan untuk memotong lengannya.
Ibu Thaqif membuat laporan polis mendakwa anaknya dirotan di tapak kaki dengan paip getah.
Susulan itu, polis menahan seorang pembantu warden asrama MTAJ, untuk siasatan di bawah Seksyen 31(1) Akta Kanak-kanak 2010.
Selepas kematian Thaqif, siasatan diubah kepada Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas tuduhan membunuh.
Bagaimanapun, pembantu warden berusia 29 tahun itu dibebaskan pada 3 Mei dengan jaminan bon mahkamah sebanyak RM20,000, selepas polis mengesahkan kekurangan bukti untuk mendakwanya.
Demikianlah Artikel Dedah segera laporan kematian pelajar tahfiz
Sekianlah artikel Dedah segera laporan kematian pelajar tahfiz kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Dedah segera laporan kematian pelajar tahfiz dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/05/dedah-segera-laporan-kematian-pelajar.html