DUN Pujut: PAS mungkin cuba sekali lagi - Jofri

DUN Pujut: PAS mungkin cuba sekali lagi - Jofri - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul DUN Pujut: PAS mungkin cuba sekali lagi - Jofri, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : DUN Pujut: PAS mungkin cuba sekali lagi - Jofri
link : DUN Pujut: PAS mungkin cuba sekali lagi - Jofri

Baca juga


DUN Pujut: PAS mungkin cuba sekali lagi - Jofri

Oleh Shuhaniza Said
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Pujut, yang dijangka diadakan tidak lama lagi, berkemungkinan menyaksikan persaingan di antara PAS dengan Pakatan Harapan (PH) selain berdepan dengan musuh tradisi, Barisan Nasional (BN).
 
Pesuruhjaya PAS Sarawak, Jofrie Jaraiee berkata, pihaknya tidak menolak untuk sekali lagi mencuba nasib bertanding di kawasan tersebut, namun ianya akan diputuskan selepas perbincangan parti peringkat negeri dan pusat.
 
"Setakat ini kita lihat perkembangan semasa sebab sekarang belum ada pengumuman rasmi daripada SPR, jadi kita akan bincang dulu dengan PAS Sarawak sama ada nak bertanding atau tidak.
 
"Kita lihat kedudukan semasa sebab kita juga perlu dapat persetujuan PAS Pusat. Kita akan bincangkan perkara ini dalam masa terdekat.
 
"Setakat ini ada yang kata kita (patut) cuba lagi, ada yang kata kita tumpu pilihan raya umum, jadi kita bincang dulu. Kita juga mahu lihat sokongan daripada kawasan, kalau mereka bersedia, tunggu sahaja (keputusan) nanti," katanya kepada Antarapos.
 
Sidang DUN Sarawak pada Jumaat lalu sebulat suara bersetuju melucutkan keanggotaan ADUN Pujut dari DAP, Dr Ting Tiong Choon selepas beliau didakwa turut memiliki kewarganegaraan Australia.
 
Speaker DUN Sarawak, Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar, mengumumkan keputusan itu selepas undian kepada usul terbabit dijalankan dalam kalangan ADUN, menyaksikan 70 menyokong manakala 10 menentangnya.
 
Susulan keputusan itu, PRK dijangka diadakan di kawasan berkenaan.
 
Pada PRN tahun lalu, DUN Pujut menyaksikan pertembungan empat penjuru di mana Jofri sendiri merupakan calon PAS bagi kawasan berkenaan.
 
Jofri yang memperoleh 413 undi, tewas kepada Ting yang memperoleh 8,899 undi, manakala calon BN mendapat 7,140 undi dan Bebas (375). 




Demikianlah Artikel DUN Pujut: PAS mungkin cuba sekali lagi - Jofri

Sekianlah artikel DUN Pujut: PAS mungkin cuba sekali lagi - Jofri kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel DUN Pujut: PAS mungkin cuba sekali lagi - Jofri dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/05/dun-pujut-pas-mungkin-cuba-sekali-lagi.html

Subscribe to receive free email updates: