Halau 'hantu 13 Mei' guna 'jampi Bangsa Malaysia'

Halau 'hantu 13 Mei' guna 'jampi Bangsa Malaysia' - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Halau 'hantu 13 Mei' guna 'jampi Bangsa Malaysia', kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Halau 'hantu 13 Mei' guna 'jampi Bangsa Malaysia'
link : Halau 'hantu 13 Mei' guna 'jampi Bangsa Malaysia'

Baca juga


Halau 'hantu 13 Mei' guna 'jampi Bangsa Malaysia'

MALAYSIA DATELINE

Mujahid Yusof RawaMujahid Yusof Rawa

Naib Presiden Amanah Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa menyeru pihak yang sudah lemah dan bersikap rasis serta sempit dalam beragama agar memberikan ruang kepada pemimpin baharu bagi memelihara dan menjaga negara ini berteraskan negara bangsa untuk Malaysia.

Sempena dengan 13 Mei yang menjadi sejarah hitam bagi negara ini, beliau turut menyeru rakyat menolak mesej kebencian kaum agama oleh sesetengah pihak.

Hal ini katanya kerana dalam suasana kleptokrasi dan salah guna kuasa pihak yang memerintah, kebencian kaum dan agama mudah menjadi alat mencapai maksud sempit sesetengah golongan
apatah lagi jika ia diinsitusikan dan diberkati oleh golongan agamawan dan tokoh masyarakat.

"13 Mei 1969 bukanlah sejarah yang hendak dibanggakan, ia seharusnya sejarah negara yang meninggalkan bekas pengajaran kepada generasi pewaris.

"Sesebuah negara terpaksa melalui proses melalui detik pahit dan manis dari peristiwa yang membentuk jatidiri dan semangat patriotik mereka. Kini setelah 48 tahun berlalu peristiwa 13 Mei masih berbekas dan menjadi bahan cerita sesekali ditokok tambah dengan mitos dan kisah lagenda," katanya.

Amat malang katanya apabila bekas perbalahan kaum berdarah itu disuburkan oleh sesetengah pihak dengan membawa agenda rasis diselit dengan kebencian agama.

"Masih lagi ada seruan 'bahaya bangsa asing (kaum Cina)' 'bela bangsa (Melayu) 'pendatang' dan 'perpaduan Melayu'," katanya.

Sebaliknya beliau berkata, peristiwa 48 tahun lalu patut menjadi sempadan agar rasisme dan agama sempit tidak menjadi aturan dalam hubungan antara kaum.

"Kita wajib menghalau gangguan 'hantu 13 Mei' menggunakan 'jampi Bangsa Malaysia' dengan tekad memelihara fondasi negara yang merangkul erti Kepelbagaian," katanya yang juga ahli parlimen parit Buntar



Demikianlah Artikel Halau 'hantu 13 Mei' guna 'jampi Bangsa Malaysia'

Sekianlah artikel Halau 'hantu 13 Mei' guna 'jampi Bangsa Malaysia' kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Halau 'hantu 13 Mei' guna 'jampi Bangsa Malaysia' dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/05/halau-hantu-13-mei-guna-jampi-bangsa.html

Subscribe to receive free email updates: