Hotel halal pertama di KL tarik pelancong Islam

Hotel halal pertama di KL tarik pelancong Islam - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Hotel halal pertama di KL tarik pelancong Islam, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Hotel halal pertama di KL tarik pelancong Islam
link : Hotel halal pertama di KL tarik pelancong Islam

Baca juga


Hotel halal pertama di KL tarik pelancong Islam


Pelanggan bukan Islam boleh menikmati makanan dan minuman tidak halal di bilik mereka dan bilik itu akan menjalani proses pembersihan ketat serta khusus untuk tetamu seterusnya.


PNB-Perdana-Hotel--1


PETALING JAYA: Hotel Perdana milik Permodalan Nasional Bhd (PNB) mengukir nama sebagai hotel pertama di Malaysia yang memiliki pensijilan halal penuh dan ia bakal menjadi tarikan utama kepada pelancong Islam dari seluruh dunia.

Terletak tidak jauh dari Menara Berkembar Petronas di pusat bandar Kuala Lumpur, semua makanan yang disediakan di hotel itu dimasak mengikut spesifikasi halal yang ketat.

Pelanggan bukan Islam bagaimanapun dibenarkan menikmati makanan dan minuman tidak halal, dengan syarat mereka memakannya di bilik masing-masing.

Sebaik sahaja mereka mendaftar keluar, bilik tersebut akan menjalani proses pembersihan ketat dan khusus untuk memastikan ia kembali kepada keadaan halal asal bagi tetamu seterusnya.

“Ia seperti hotel biasa,” kata Pengurus Besar, Ismail Hisham Ahmad Zambri kepada CNNMoney.

Tetapi katanya, definisi “normal” ini tampil dengan spesifikasi khas yang tidak akan dirasai pelanggan dalam apa jua keadaan di hotel tidak halal.

Gimnasium hotel misalnya, menetapkan masa khusus untuk wanita yang mahu bersenam, contohnya antara 9 hingga 11 malam, manakala masa lain, lelaki dan wanita boleh bersenam mengikut kehendak mereka.

Hotel itu turut mengambil seorang akademik undang-undang syariah yang bertanggungjawab memastikan semua operasi perniagaan mematuhi prinsip Islam.

CNNMoney melaporkan pelancongan halal ialah industri yang sedang berkembang dan menguntungkan. Di Malaysia, lebih 60% populasinya terdiri daripada umat Islam.

Pengarah Bahagian Hab Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee berkata, permohonan persijilan halal menyaksikan peningkatan “drastik”, meningkat kira-kira 25% hingga 30% setiap tahun sejak 2012.

Beliau dipetik CNNMoney berkata, persijilan halal ialah alat pemasaran baik untuk peniaga di negara ini kerana ia boleh membantu sesebuah hotel itu menarik pengunjung Islam dari seluruh dunia.

Beliau berkata, tidak mudah mendapatkan sijil halal kerana hotel memerlukan pendekatan ketat daripada restoran dan dapurnya.

“Ia merangkumi semua rantaian bekalan produk halal, daripada bahan mentah kepada pemprosesan, pembungkusan dan juga penyimpanan,” kata Sirajuddin.

Menurut kajian dikeluarkan Thomson Reuters pada Oktober, perbelanjaan umat Islam untuk pelancongan luar dijangka meningkat daripada AS$151 bilion (RM655.8 bilion) pada 2015 kepada AS$243 bilion menjelang 2021.

Kajian itu meletakkan industri pelancongan halal Malaysia di tempat ke-2 paling maju di dunia selepas Emiriyah Arab Bersatu



Demikianlah Artikel Hotel halal pertama di KL tarik pelancong Islam

Sekianlah artikel Hotel halal pertama di KL tarik pelancong Islam kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Hotel halal pertama di KL tarik pelancong Islam dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/05/hotel-halal-pertama-di-kl-tarik.html

Subscribe to receive free email updates: