Insiden Lata Carok: Tiada ribut atau hujan ketika pokok tumbang, kata mangsa

Insiden Lata Carok: Tiada ribut atau hujan ketika pokok tumbang, kata mangsa - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Insiden Lata Carok: Tiada ribut atau hujan ketika pokok tumbang, kata mangsa, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Insiden Lata Carok: Tiada ribut atau hujan ketika pokok tumbang, kata mangsa
link : Insiden Lata Carok: Tiada ribut atau hujan ketika pokok tumbang, kata mangsa

Baca juga


Insiden Lata Carok: Tiada ribut atau hujan ketika pokok tumbang, kata mangsa

ANTARAPOS.COM

Post Pic
 
 
BENTONG: Kejadian pokok tumbang di kawasan Air Terjun Lata Carok yang mengorbankan 2 mahasiswa Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Puncak Alam berlaku dengan pantas sehingga semua mangsa tidak sempat menyelamatkan diri berikutan terkejut selain keadaan persekitaran yang gelap.
 
Seorang mangsa, Mohd Ammar Affandi Ahmad Subki, 20, yang patah kaki kirinya akibat kejadian itu berkata, ketika kejadian, dia sedang memasak makanan, manakala beberapa lagi mangsa sedang tidur.
 
“Semasa kejadian, tiada angin kuat mahupun hujan, semua dalam keadaan baik sahaja. Namun, tiba-tiba sahaja terdengar bunyi kuat seperti kayu patah sebelum sebatang pokok balak yang besar menghempap kami,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Bentong hari ini.
 
Beliau yang berkerusi roda akibat kecederaan itu kelihatan sugul dan masih trauma dengan kejadian itu, lebih-lebih lagi 2 rakannya Noorain Mohtar, 23, dari Sungai Besar, Selangor dan Muhamad Kamil Md Sukri, 22, dari Sabak Bernam maut.
 
Ammar yang berasal dari Kulim, Kedah berkata, semasa kejadian, 2 mangsa yang maut sedang tidur di dalam khemah masing-masing dan salah seorang mangsa berada di belakangnya.
 
“Keadaan semasa itu menjadi kelam-kabut. Dalam keadaan gelap, saya berusaha menarik kaki yang tersepit di bawah pokok itu dan bangun untuk menyelamatkan rakan lain.
 
“Pada masa itu, saya tidak berasa sakit dan terus menarik rakan-rakan saya yang ditindih kayu, namun usaha mengangkat kayu (batang pokok) tidak dapat dilakukan kerana begitu besar dan berat,” katanya.
 
Usaha pemberita menemu bual beberapa lagi peserta dan mangsa yang berada di unit berkenaan bagaimanapun dihalang seorang wanita yang dipercayai pensyarah universiti berkenaan dengan meminta mereka memasuki sebuah bilik menunggu di kawasan itu.
 
Sementara itu, salah seorang jurulatih yang bertanggungjawab mengendalikan program tersebut berkata, tempat berkenaan memang sering dijadikan kawasan perkhemahan dan aktiviti lasak, namun kejadian sedemikian tidak pernah berlaku sebelum ini.
 
“Kejadian berlaku terlalu hampir dengan kawasan chalet penginapan semua pelajar UiTM berkenaan, kerana itu kita tidak memaklumkannya kepada pihak berkuasa.
 
“Sebelum ini juga kita pernah mengendalikan aktiviti yang sama di kawasan itu melibatkan kumpulan lain,” katanya yang enggan dikenali.
 
 


Demikianlah Artikel Insiden Lata Carok: Tiada ribut atau hujan ketika pokok tumbang, kata mangsa

Sekianlah artikel Insiden Lata Carok: Tiada ribut atau hujan ketika pokok tumbang, kata mangsa kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Insiden Lata Carok: Tiada ribut atau hujan ketika pokok tumbang, kata mangsa dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/05/insiden-lata-carok-tiada-ribut-atau.html

Subscribe to receive free email updates: