Insiden Tebusan: Polis Menyamar Anggota Perubatan Selamatkan Mangsa

Insiden Tebusan: Polis Menyamar Anggota Perubatan Selamatkan Mangsa - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Insiden Tebusan: Polis Menyamar Anggota Perubatan Selamatkan Mangsa, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Insiden Tebusan: Polis Menyamar Anggota Perubatan Selamatkan Mangsa
link : Insiden Tebusan: Polis Menyamar Anggota Perubatan Selamatkan Mangsa

Baca juga


Insiden Tebusan: Polis Menyamar Anggota Perubatan Selamatkan Mangsa

Penyamaran anggota polis yang berpura-pura menjadi pegawai perubatan membawa kepada pengakhiran insiden wanita berusia 20-an yang dijadikan tebusan lebih dua jam di Jalan Damai -Luyang berhampiran Plaza Damai, Kota Kinabalu, malam ini.

Sumber berkata, polis yang bergegas ke lokasi kejadian terpaksa menggunakan kaedah itu bagi menyelamatkan wanita terbabit yang diheret sejauh 1.5 kilometer dari rumahnya dan diacu dengan pisau sepanjang kira-kira 15 sentimeter di leher.

"Anggota polis yang menyamar mendekati suspek kononnya untuk memberi rawatan kepada tebusan dan pada masa berbincang dengan suspek sebelum menangkapnya.

"Selepas diselamatkan, wanita itu dilihat menangis sebelum ditenteramkan oleh anggota paramedik.

"Dia kemudian dibawa ke HQE untuk memdapat rawatan lanjut," katanya kepada Harian Metro.

Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Superintendan George Abdul Rakman berkata, sebelum kejadian, memecah masuk sebuah rumah di Taman Istimewa di sini, kira-kira 7.35 malam.

Katanya, tindakan suspek yang mahu merompak bagaimanapun gagal selepas disedari oleh penghuninya.

"Lelaki itu yang panik segera melarikan diri dari rumah itu. Dalam usaha membebaskan diri, suspek menarik seorang wanita di rumah bersebelahan dan menjadikannnya tebusan," katanya.

"Selepas diberkas, suspek kemudian dibawa ke balai polis berhampiran untuk siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 3 Akta Penculikan 1961 dan Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh," katanya.


Demikianlah Artikel Insiden Tebusan: Polis Menyamar Anggota Perubatan Selamatkan Mangsa

Sekianlah artikel Insiden Tebusan: Polis Menyamar Anggota Perubatan Selamatkan Mangsa kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Insiden Tebusan: Polis Menyamar Anggota Perubatan Selamatkan Mangsa dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/05/insiden-tebusan-polis-menyamar-anggota_10.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :