Judul : Jakoa didakwa pecat tok batin pertahan tanah
link : Jakoa didakwa pecat tok batin pertahan tanah
Jakoa didakwa pecat tok batin pertahan tanah
Orang Asli Kampung Air Tawas dan Kampung Tanah Gembur di Johor mahu Jakoa menarik balik pemecatan itu kerana didakwa bercanggah dengan Akta Orang Asli
KUALA LUMPUR: Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) diminta supaya tidak melampaui batas kuasa dengan mencampuri urusan adat resam Orang Asli, selepas 2 orang tok batin didakwa dipecat kerana mempertahankan tanah kampung.
Kira-kira 50 Orang Asli Ledang, Johor bersama Jawatankuasa Bertindak Orang Asli, menunjuk perasaan di hadapan pejabat Jakoa hari ini bagi membantah pemecatan tok batin mereka.
Setiausaha Agung PSM A Sivarajan ketika ditemui di himpunan hari ini mendakwa tok batin Kampung Air Tawas dan Kampung Tanah Gembur dipecat kerana cuba menghalang tanah kampung diambil Taman Negara Johor.
“Sejak tahun lepas mereka mengalami pencerobohan kawasan adat mereka, kubur dan tanaman mereka, oleh pihak Taman Negara Johor, dan kontraktor lantikan Taman Negara Johor memagar keseluruhan tanah adat mereka.”
Menurut Sivarajan, penduduk memfailkan kes di mahkamah terhadap pihak Taman Negara Johor tahun lepas.
“Jadi apabila Jakoa mengesan tindakan fail saman itu, Jakoa telah memecat kedua-dua tok batin itu. Mana rasional?” katanya.
Tunjuk perasaan berlangsung secara aman di bawah pantauan polis. Memorandum diserahkan kepada Ketua Pengarah Jakoa Mohd Jamalludin Kasbi.
Sementara itu, tok batin berkenaan menegaskan pemecatan mereka bercanggah dengan Seksyen 16 Akta Orang Asli 1954 (Semakan 1974) atau Akta 134.
Malah, mereka dlantik penduduk kampung mengikut adat Orang Asli.
“Pemecatan jawatan Tok Batin hanya boleh dibuat di bawah bidang kuasa menteri,” kata Tok Batin Kampung Air Tawas Menghek Acai dan Tok Batin Kampung Tanah Gembur Jengkeng Jani pada sidang media.
“Kami menuntut supaya Jakoa untuk menarik balik surat pemecatan kami dan memohon maaf secara terbuka.”
Pada 10 Januari lalu, lebih 600 Orang Asli Ledang memfailkan saman terhadap Zila Maju Enterprise dan 3 yang lain termasuk kerajaan Johor atas dakwaan mengganggu dengan membina pagar di atas tanah mereka untuk projek pemuliharaan Taman Negara Johor, sejak November tahun lalu.
Tok Batin Jengkeng Jani dan Tok Batin Mengek Achai, masing-masing dari Kampung Tanah Gembur dan Kampung Sungai Air Tawas, memfailkan saman itu di Mahkamah Tinggi Johor Bahru, menerusi Tetuan Kamal Hisham & Associates.
Dalam penyataan tuntutan mereka memohon pengisytiharan bahawa mereka mempunyai hak milik Adat Orang Asli dan tuan punya ke atas tanah yang mereka diami itu.
Mengek berkata projek membina pagar dan mengorek longkang di atas tanah orang asli oleh Perbadanan Taman Negara Johor merosakkan tanaman mereka, selain mengancam kubur nenek moyang mereka.
Beliau turut mendakwa pihak perkampungan Orang Asli tidak pernah dimaklumkan mengenai notis memulakan kerja yang dikeluarkan Zila Maju Enterprise pada 30 November 2016.
Sebaliknya mereka hanya menyedari apabila pihak kontraktor menghantar jentera berat ke kampung mereka pada 14 November lalu.
Mengek berkata tiga kampung terjejas dalam pelaksanaan projek berkenaan ialah Kampung Sungai Air Tawas, Kampung Tanah Gembur dan Kampung Sungai Mering yang keseluruhan membabitkan 784 penduduk
Demikianlah Artikel Jakoa didakwa pecat tok batin pertahan tanah
Sekianlah artikel Jakoa didakwa pecat tok batin pertahan tanah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Jakoa didakwa pecat tok batin pertahan tanah dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/05/jakoa-didakwa-pecat-tok-batin-pertahan.html