'Kalau Boleh Nak Jumpa Dia, Nak Ucap Terima Kasih'

'Kalau Boleh Nak Jumpa Dia, Nak Ucap Terima Kasih' - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul 'Kalau Boleh Nak Jumpa Dia, Nak Ucap Terima Kasih', kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : 'Kalau Boleh Nak Jumpa Dia, Nak Ucap Terima Kasih'
link : 'Kalau Boleh Nak Jumpa Dia, Nak Ucap Terima Kasih'

Baca juga


'Kalau Boleh Nak Jumpa Dia, Nak Ucap Terima Kasih'

"Terima kasih kerana sudi bantu saya biarpun tiada pertalian darah dan berlainan bangsa,” kata Faizal Hasbullah Alimin, 20, berhubung kisahnya dibantu wanita selepas terbabit dalam kemalangan di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak berhampiran Genting Sempah, Ahad lalu.

Dalam kejadian 11.35 pagi itu, Faizal patah tangan kanan manakala hampir seluruh badan belakangnya luka.

Faizal berkata, dia ketika itu dalam perjalanan dari Hulu Langat ke Bentong, bersama abang saudaranya, Muhammad Aizuddin Mohd Sharif, 21, yang menunggang motosikal lain.

Menurutnya, sebaik tiba di laluan berhampiran Genting Sempah, Kawasaki RR150 ditunggangnya tiba-tiba mengalami kerosakan.

"Saya terjatuh di tengah jalan manakala motosikal saya terbabas ke pembahagi jalan," katanya.

Menurutnya, akibat itu, tulang tangan kanannya terkeluar dari posisi asal manakala hampir seluruh badan dan kaki luka akibat bergesel di atas jalan raya.

"Namun dalam saya menahan sakit, saya ternampak dua kenderaan berhenti di tepi jalan bagi membantu saya. Seorang daripadanya terus mengawal lalu lintas manakala dua lagi membantu menguruskan kecederaan pada tangan saya. Ada dua wanita berbangsa Cina ketika itu dan seorang daripadanya berkemungkinan doktor.

"Dia pada awalnya memeriksa pernafasan dan nadi saya menggunakan alatan perubatan yang dibawanya. Selepasa itu dia kemudian membetulkan posisi tangan saya yang cedera.

"Selain itu wanita terbabit juga meminta abang saudara mencari manisan supaya saya tidak lemah akibat kekurangan gula dalam badan," katanya ketika dihubungi di Kuala Lumpur, hari ini.

Menurut Faizal, selepas hampir 15 minit menahan sakit, dia kemudian dibawa ke Hospital Bentong menggunakan ambulans Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

"Alhamdulillah saya selamat tiba di hospital. Malah saya kemudiannya dipindahkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) keesokan harinya," katanya.

Faizal berkata, biarpun kejadian terbabit sudah berlalu hampir empat hari, namun hatinya masih tersentuh dengan keprihatinan wanita terbabit.

"Selalunya penunggang motosikal ini orang akan anggap 'mat rempit', namun bila saya melihat kesungguhan wanita terbabit, saya tidak nampak pandangan prejudis itu.

"Kalau boleh saya mahu jumpa doktor terbabit dan ucap terima kasih kepadanya," katanya.

Gambar Faizal dibantu wanita terbabit menjadi tular selepas Muhammad Aizuddin memuat naik gambar terbabit di Facebook (FB), Isnin lalu.

Gambar terbabit menerima 4,000 'likes' dan hampir 700 perkongsian oleh pengguna FB.

Malah kebanyakan pengguna FB memuji tindakan wanita terbabit yang membantu Faizal biarpun tiada pertalian darah dan berlainan bangsa.


Demikianlah Artikel 'Kalau Boleh Nak Jumpa Dia, Nak Ucap Terima Kasih'

Sekianlah artikel 'Kalau Boleh Nak Jumpa Dia, Nak Ucap Terima Kasih' kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel 'Kalau Boleh Nak Jumpa Dia, Nak Ucap Terima Kasih' dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/05/kalau-boleh-nak-jumpa-dia-nak-ucap_24.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :