Kemelut Selangor ulangi tragedi Kelantan 1996

Kemelut Selangor ulangi tragedi Kelantan 1996 - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kemelut Selangor ulangi tragedi Kelantan 1996, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kemelut Selangor ulangi tragedi Kelantan 1996
link : Kemelut Selangor ulangi tragedi Kelantan 1996

Baca juga


Kemelut Selangor ulangi tragedi Kelantan 1996

DETIK DILY
 



SELEPAS istilah tahaluf siyasi dipopular pada 2008, orang ramai me ngenali sarikata bahasa Arab itu. Ternyata ia semakin meluas sehingga orang bukan Islam juga menyebutnya. Sedangkan kerjasama politik sudah lama terjalin.

Bermula dengan Perikatan yang merupakan koalisi parti-parti politik berteras perkauman iaitu Umno, MCA dan MIC. Politik permuafakatan atau consociationalism bermula bagi menyelesaikan konflik perkauman antara elit setiap kaum.

Ketika itu pegawai British menasihatkan pemimpin Cina lebih berhati-hati dalam tindak tanduk mereka supaya tidak menimbulkan kecurigaan atau salah faham dalam kalangan orang Melayu. Ketika Tan Cheng Lock mahu menubuh MCA, dia dinasihatkan pegawai British supaya berbincang dengan pemimpin Melayu terlebih dahulu.

Berdasar apa yang tercatat, bermula dari situlah terbentuknya PERIKATAN pada 1952. Umno dan MCA berkerjasama bagi menghadapi pilihan raya Majlis Perbandaran Kuala Lumpur.

Namun malangnya ramai pemimpin hari ini seperti tidak menghiraukan sejarah. Biarpun mereka pel ajari ketika di bangku sekolah, namun sejarah hanya sekadar untuk lulus peperiksaan. Oghe Kito sedih apabila pemimpin bukan Islam tidak meladani sikap Cheng Lock apabila lebih berhatihati bercakap tentang hak orang Melayu dan Islam. Politik non Muslim hari ini melebihi garis sempadan kaum. Mereka bersekongkol dengan kumpulan Melayu mengerak usaha menawan Putrajaya.

Mereka tidak menghiraukan roh agama. Tanpa sedar Pakatan Harapan hanya mengulangi sejarah yang dijejaki Barisan Nasional sekarang. Seperti kata Timbalan Mursyidul Am PAS, Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob, kita bimbang nasionalis sekular ditukar kepada kepada nasionalis sosialis.

Begitu juga PAS ada sejarah kerjasama politik lebih awal. Menghadapi PRU 1959, PAS bekerjasama dengan Parti Negara pimpinan Dato’ Onn Jaafar. Kemudian selepas tragedi 13 Mei 1969, PAS
menerima cadangan Umno untuk bergabung dalam PERIKATAN bagi meredakan ketegangan kaum.

PAS membentuk kerajaan campuran PAS-Perikatan pada 1973 dan mengasaskan Barisan Nasional (BN) pada 1974. Selepas gagal tahaluf itu PAS membina jambatan dengan non-Muslim dengan membentuk Majlis Perundingan Cina (CCC) pada pertengahan 1980-an.

Dan pada 1989 selepas Umno dilanda krisis, PAS bersahabat pula den gan serpihan Umno, Parti Me layu Semangat 46. Sem a ngat 46, Berjasa dan Hamim akhirnya membentukan kerajaan Angkatan Per paduan Ummah di Kel antan selepas menang PRU 1990.

Kerajaan Angkatan juga mengalami pasang surutnya. Apa yang berlaku di Selangor sekarang hanya mengulangi episod hampir serupa di Kelantan kira-kira 21 tahun lalu.

PAS memutus kerjasama politik dengan Semangat 46 ekoran pemimpin parti itu mendedah rahsia kerajaan negeri. Presiden PAS Ustaz Fadzil Mohd Noor mengumumkan keputusan itu pada 14 Julai 1996.

Sebelum itu Pengerusi Perhubungan Semangat 46 Kelantan, Dato’ Mohd Rozali Isohak mendedahkan kerugian Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan akibat perniagaan saham. Selain itu turut mendakwa kerajaan negeri memb eri kontrak bagi menyediakan draf Kanun Jenayah Syariah II ke pada seorang peguam dari Terengganu.

Ketika itu tiga Adun Semangat 46 berada dalam saf Exco kerajaan negeri. Rozali sebagai Timbalan Menteri Besar II. Manak ala Adun Gual Periuk, Nik Mustapha Nik Loding dan Adun Jelawat, Daud Jaafar sebagai anggota Exco. Exco Semangat 46 juga enggan meletak jawatan ket ika itu.

Krisisnya jauh lebih hangat. Situasi yang berlaku tersebut boleh dianggap hampir sama, namun tidak serupa dengan kondisi sekarang. PAS sejak awal sudah mengesan Tengku Razaleigh Hamzah mahu menyertai semula Umno selepas gagal mengemudikan Semangat 46. Biarpun dinafi berkali- kali pemimpin Semangat 46, namun Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat sudah mengesan bayangannya. Maka tidak hairanlah bekas menteri besar itu menyifatkan Semangat 46 sudah berkubur.

Namun penafian Semangat 46 tidak ke mana-mana. Ku Li akhirnya menganjur sambutan ulangtahun ke-50 penyatuan bangsa Melayu pada 11 Mei 1996. “Ramai yang terkejut mend engar pengumuman saya untuk bekerjasama dengan kerajaan dan usaha penyatuan kita dengan Umno sekarang. Ada yang bertanya, apakah kita sudah belot dalam perjuanga n. “Atau apakah kita sebahagian daripada soldadu lelah yang tidak upaya bertempur lagi. Tidak sama sekali. Semuanya tidak benar sama sekali.

Apatah lagi kita pernah berk ata, kita sanggup bertempur seribu tahun lagi dan kita sanggup mati daripada menyerah kalah dan berputih mata,” ujar Ku Li pada sambutan itu. Sekarang apa yang berlaku. Bagi Oghe Kito, Ku Li tidak dapat menyangkal lagi, sejarah membukti kan beliau sudah lama menyerah kalah.

Selepas Semangat 46 dibubar akhirnya tiga Exco parti terbabit meletak jawatan.

Hari ini situasin ya jauh berbeza. PAS tidak dibubar untuk membolehkan anggota Exconya meletak jawatan di Selangor selepas hubungan politik terbatal.

Adun PAS juga tidak dedah rahsia kerajaan Selangor. Mursyidul Am PAS Tuan Guru Hashim Jasin menegaskan PAS sedia bekerjasama dengan ses iapa sahaja untuk manfaat Islam. Pintu rundingan masih lagi terbuka biarpun berada di luar tahaluf siyasi.

Lingkaran kerjasama politik mas ih luas. PAS sejak 2008 mahu mempertahan hayat kerajaan Selangor biarpun PAN, DAP dan Umno semakin kemaruk. Agenda I slam perlu diteruskan.

Pemimpin PKR pun ada dalam kerajaan PAS di Kelantan. Penyelia Dun dan Parlimen serta ahli majlis pihak berkuasa tempatan di Kelantan dari PKR masih lagi dikekalkan. Tiada pula keributan seperti di Selangor.



Demikianlah Artikel Kemelut Selangor ulangi tragedi Kelantan 1996

Sekianlah artikel Kemelut Selangor ulangi tragedi Kelantan 1996 kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kemelut Selangor ulangi tragedi Kelantan 1996 dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/05/kemelut-selangor-ulangi-tragedi.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :