Kenapa kerajaan P. Pinang mahu pinjam dari bank China - Zainal Abidin

Kenapa kerajaan P. Pinang mahu pinjam dari bank China - Zainal Abidin - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kenapa kerajaan P. Pinang mahu pinjam dari bank China - Zainal Abidin, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kenapa kerajaan P. Pinang mahu pinjam dari bank China - Zainal Abidin
link : Kenapa kerajaan P. Pinang mahu pinjam dari bank China - Zainal Abidin

Baca juga


Kenapa kerajaan P. Pinang mahu pinjam dari bank China - Zainal Abidin

ANTARAPOS.COM

Post Pic
 
 
PERMATANG PAUH: Badan Perhubungan Umno negeri mahu Ketua Menteri, Lim Guan Eng supaya mempertimbangkan semula hasrat kerajaan negeri membuat pinjaman dari Bank Eksport-Import China (Exim Bank of China).
 
Pengerusinya, Datuk Seri Zainal Abidin Osman berkata, Kerajaan DAP Pulau Pinang sebaliknya perlu menggunakan dana sedia ada yang dijana melalui penjualan tanah baru-baru ini.
 
Zainal Abidin juga mempersoalkan mengapa kerajaan negeri perlu membuat pinjaman dengan bank asing sedangkan sering mendakwa mempunyai wang mencukupi kerana perbelanjaan berhemah.
 
“Kerajaan negeri sebelum ini mengatakan mempunyai lebihan simpanan kira-kira RM1.2 bilion tetapi mengapa secara tiba-tiba mahu meminjam wang,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis pemimpin bersama veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) semalam.
 
Zainal Abidin mengulas kelulusan Enakmen Pinjaman Kerajaan Negeri (Bank dan Sumber Kewangan Lain) 2017 yang diusulkan Guan Eng pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Khamis lalu.
 
Mengulas lanjut, beliau berkata, perkembangan berkenaan menimbulkan pelbagai persoalan apatah lagi kerajaan negeri sebelum ini didakwa pernah memperoleh keuntungan kira-kira RM12.5 bilion hasil penjualan tanah.
 
Katanya, jumlah berkenaan tidak termasuk dengan hasil serta projek lain yang dibangunkan di negeri ini yang sepatutnya boleh menampung projek yang dirancang kerajaan negeri tanpa perlu membuat pinjaman.
 
“Ketika Kerajaan Pusat berurusan dengan negara luar untuk membawa pelaburan mahupun pinjaman untuk pembangunan negara, terdapat suara-suara sumbang mengatakan tindakan itu seperti menjual dan menggadaikan negara.
 
“Namun, kini mereka juga tidak menafikan pembangunan itu penting tetapi jika boleh gunalah dahulu dana dalaman yang diperoleh sebelum membuat pinjaman,” katanya.
 
 


Demikianlah Artikel Kenapa kerajaan P. Pinang mahu pinjam dari bank China - Zainal Abidin

Sekianlah artikel Kenapa kerajaan P. Pinang mahu pinjam dari bank China - Zainal Abidin kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kenapa kerajaan P. Pinang mahu pinjam dari bank China - Zainal Abidin dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/05/kenapa-kerajaan-p-pinang-mahu-pinjam.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :