Kesihatan Hadi bertambah baik selepas pembedahan

Kesihatan Hadi bertambah baik selepas pembedahan - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kesihatan Hadi bertambah baik selepas pembedahan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kesihatan Hadi bertambah baik selepas pembedahan
link : Kesihatan Hadi bertambah baik selepas pembedahan

Baca juga


Kesihatan Hadi bertambah baik selepas pembedahan

 
Setiausaha politik presiden PAS berkata, perkara pertama yang disebut Hadi malam tadi selepas mula bersuara ialah menyampaikan salam kepada semua pihak yang mendoakan kesihatannya

.
Ahmad-Samsuri-Mokhtar_Abdul-Hadi-Awang_600


PETALING JAYA: Setiausaha politik presiden PAS memaklumkan kesihatan Datuk Seri Abdul Hadi Awang bertambah baik, selepas melalui tempoh kritikal 24 jam pertama susulan pembedahan penggantian injap di Institut Jantung Negara (IJN) semalam.

Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dalam satu kenyataan hari ini berkata, perkara pertama yang disebut Hadi malam tadi selepas mula bersuara ialah menyampaikan salam kepada semua pihak yang mendoakan kesihatannya.

“Pagi ini tuan guru (Hadi) juga nampak keceriaannya dan sudah mula menjamah makanan lembut,” katanya sambil menambah pihak keluarga dan pucuk pimpinan PAS mengajak ahli serta penyokong parti itu terus berdoa supaya proses pemulihan Hadi berjalan lancar.

Katanya, ketika ini, hanya keluarga terdekat dibenarkan menemui Hadi.

Pemimpin pembangkang berusia 69 tahun itu akan ditempatkan di unit rawatan rapi IJN selama beberapa hari untuk pemantauan rutin selepas menjalani pembedahan jantung.

IJN dalam satu kenyataan semalam berkata, doktor menasihati pembedahan itu dijalankan memandangkan berlaku kebocoran pada injap jantung Hadi yang menyebabkan kegiatan hariannya terjejas.

Pembedahan semalam dilakukan selama 3 jam oleh panel doktor diketuai Perunding Kanan Pembedahan Kardiotorasik dan juga Ketua Pegawai Eksekutif IJN, Datuk Seri Dr Mohd Azhari Yakub, Ketua Pembedahan Kardiotorasik, Datuk Seri Dr Jeffrey Jeswant Dillon dan Timbalan Ketua Jabatan Anestesiologi, Datuk Dr Suhaini Kadiman.

Ahli Parlimen Marang itu dimasukkan ke IJN sebanyak 2 kali tahun lalu, iaitu pada Januari untuk rawatan rutin dan Oktober untuk rawatan susulan.



Demikianlah Artikel Kesihatan Hadi bertambah baik selepas pembedahan

Sekianlah artikel Kesihatan Hadi bertambah baik selepas pembedahan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kesihatan Hadi bertambah baik selepas pembedahan dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/05/kesihatan-hadi-bertambah-baik-selepas.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :