Kit Siang timbang saman, mahu Annuar jawab 3 soalan

Kit Siang timbang saman, mahu Annuar jawab 3 soalan - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kit Siang timbang saman, mahu Annuar jawab 3 soalan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kit Siang timbang saman, mahu Annuar jawab 3 soalan
link : Kit Siang timbang saman, mahu Annuar jawab 3 soalan

Baca juga


Kit Siang timbang saman, mahu Annuar jawab 3 soalan



Kit Siang bertanya sama ada Annuar akan memikul tanggungjawab sepenuhnya kerana menganjurkan peraduan "Lim Kit Siang adalah rasis" dan terhadap kesemua artikel yang memenangi anugerah.


lim-kit-siang_Annuar-Musa_6001


PETALING JAYA: Pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang mahu Ketua Penerangan Umno Tan Sri Annuar Musa menjawab 3 soalan, sambil tidak menolak kemungkinan beiau akan mengambil tindakan undang-undang kerana melancarkan buku “DAP Bahaya Kepada Melayu-Islam Di Malaysia”, semalam.

“Saya berhak untuk menggunakan apa sahaja pilihan undang-undang yang ada bagi saya,” kata Ketua DAP di Parlimen itu menerusi kenyataan media dikeluarkan pagi ini.

Dalam kenyaatan itu, beliau bertanya sama ada Annuar akan memikul tanggungjawab undang-undang sepenuhnya kerana menganjurkan peraduan bertajuk “Lim Kit Siang adalah rasis” dan terhadap kesemua artikel yang memenangi anugerah.

“Ini adalah soalan kedua untuk Annuar untuk menjawab, bagaimana ketua penerangan Umno boleh melancarkan buku sedemkian dan sama ada pemimpin-pemimpin Umno mengatasi undang-undang?”

Ahli Parlimen Gelang Patah itu berkata beliau belum memperoleh lagi buku itu tetapi menurut Ketua Pemuda DAP, Wong Kah Woh, ia melanggar undang-undang kerana ia tidak memaparkan nama penerbit dan pencetak seperti dikehendaki Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.

Semalam, Annuar mengumumkan 29 peserta yang memenangi RM50,000 dalam pertandingan menulis artikel mengenai Kit Siang. Pertandingan esei itu bertemakan Kit Siang, untuk menjawab soalan “Rasis, anti-Islam, 51 tahun diktator, adakah benar?”

Pertandingan itu merangkumi 4 kategori iaitu penulisan artikel, penulisan blog, video dan infografik, disertai 1,200 peserta.

Antara pemenang pertandingan tersebut termasuklah penulis blog pro-Umno, Raja Petra Kamarudin, dan akhbar parti itu, Utusan Malaysia.

Sebuah video rakaman lama ucapan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mendakwa DAP rasis turut tersenarai memenangi pertandingan tersebut.

Bagaimanapun, hadiah utama berjumlah RM10,000 dimenangi kumpulan penulis yang enggan mendedahkan namanya, yang menghantar artikel bertajuk “DAP Bahaya Kepada Melayu-Islam Di Malaysia”.

Rata-rata pemenang menghantar wakil untuk menerima hadiah masin-masing. Annuar berkata, hadiah adalah sumbangan individu yang hanya mahu dikenali sebagai “hamba Allah”.

Buku itu diberikan secara percuma kepada mereka yang menghadiri majlis penyampaian hadiah peraduan.

Laporan media memetik Annuar berkata, beliau mahupun penganjur pertandingan rencana itu bukan pemilik buku berkenaan.

Dalam kenyataan medianya, tambah Kit Siang, “pencapaian Annuar” itu harus mendapat tempat dalam Guinness Book of Records kerana menganjurkan peraduan yang mana pemenang rasa malu untuk menggelarkan diri mereka dan membolehkan nama mereka disiarkan manakala hadiah kemenangan pula diterima oleh orang lain bagi pihak penulis.

Annuar berkata semalam bahawa wang hadiah yang diberikan kepada 25 pemenang berjumlah RM50,000.

“Soalan terakhir saya kepada Annuar, sama ada beliau bersedia dan boleh menghantar kepada saya kesemua 25 karya yang dikemukakan (oleh penulis),” katanya.



Demikianlah Artikel Kit Siang timbang saman, mahu Annuar jawab 3 soalan

Sekianlah artikel Kit Siang timbang saman, mahu Annuar jawab 3 soalan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kit Siang timbang saman, mahu Annuar jawab 3 soalan dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/05/kit-siang-timbang-saman-mahu-annuar.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :