Komponen PH punyai agenda berbeza - Tunku Aziz

Komponen PH punyai agenda berbeza - Tunku Aziz - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Komponen PH punyai agenda berbeza - Tunku Aziz, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Komponen PH punyai agenda berbeza - Tunku Aziz
link : Komponen PH punyai agenda berbeza - Tunku Aziz

Baca juga


Komponen PH punyai agenda berbeza - Tunku Aziz

Oleh Ainor Rahim
Post Pic
 
 
PETALING JAYA: Tindakan PAS yang mengambil pendekatan untuk tidak menyertai Pakatan Harapan (PH) adalah kerana menyedari gabungan itu dikuasai oleh DAP. 
 
Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Aziz Tunku Ibrahim berkata, amat jelas bahawa parti-parti komponen dalam pakatan pembangkang dilihat seperti mengikut telunjuk DAP khususnya dalam soal kepimpinan.
 
"Tindakan PAS meninggalkan (pembangkang) jelas memperlihatkan pakatan pembangkang adalah sebuah kumpulan yang sangat berbeza di mana setiap daripadanya mempunyai agenda masing-masing tersendiri. 
 
"Agenda bersama yang dibawa mereka hanyalah ke arah menakluki Putrajaya yang bersifat sementara sahaja," katanya dalam sidang media sebentar tadi. 
 
PAS dua tahun lalu memutuskan hubungan dengan DAP kerana parti itu sering menyerang kepimpinan mereka termasuk Presiden, Datuk Seri Hadi Awang, termasuk berkaitan soal hudud.
 
Minggu lalu, parti pimpinan Hadi memutuskan hubungan tahaluf siyasi dengan PKR kerana mendakwa parti itu melanggar syarat bertahaluf, antaranya tidak menyokong pindaan Akta 355 dan menjalin kerjasama politik dengan DAP dan Amanah di dalam PH.
 
Dalam pada itu Tunku Aziz turut mempersoalkan kecelaruan pakatan pembangkang yang sehingga kini masih belum menamakan secara jelas calon yang bakal diangkat sebagai Perdana Menteri mereka. 
 
"Seperti yang kita boleh lihat sehingga kini mereka masih belum dapat mencalonkan ketua mereka sendiri secara jelas. Siapa ketua pembangkang hari ini? Datuk Seri Anwar? Wan Azizah sendiri yang kata beliau hanya 'memanaskan kerusi' tersebut sahaja sementara nak tunggu Anwar keluar.
 
"Bukan itu sebab rakyat mengundi. Bukan sekadar 'memanaskan kerusi' tetapi bagi membawa parti yang di undi ke hadapan, bagi menyediakan kepimpinan yang negara ini perlukan seperti yang dijanjikan. Namun, ianya tidak akan berlaku," tambahnya.
 
Sebelum ini Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menyatakan bahawa DAP merupakan ketua sebenar yang menguasai pembangkang.
 
Kata beliau, menjadi lumrah politik apabila parti yang mendapat kerusi lebih di Parlimen berperanan menentukan hala tuju pakatan disertainya.
 
Penasihat DAP, Lim Kit Siang bagaimanapun  menegaskan tidak pernah bercita-cita untuk menjadi perdana menteri.
 
Katanya, jawatan perdana menteri tidak pernah terlintas dalam fikiran beliau meskipun Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan mana-mana warganegara boleh menyandang kerusi itu.
 
 


Demikianlah Artikel Komponen PH punyai agenda berbeza - Tunku Aziz

Sekianlah artikel Komponen PH punyai agenda berbeza - Tunku Aziz kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Komponen PH punyai agenda berbeza - Tunku Aziz dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/05/komponen-ph-punyai-agenda-berbeza-tunku.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :