Kuasa pecat exco di tangan MB, Sultan hanya perkenan

Kuasa pecat exco di tangan MB, Sultan hanya perkenan - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kuasa pecat exco di tangan MB, Sultan hanya perkenan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kuasa pecat exco di tangan MB, Sultan hanya perkenan
link : Kuasa pecat exco di tangan MB, Sultan hanya perkenan

Baca juga


Kuasa pecat exco di tangan MB, Sultan hanya perkenan

Oleh Ainor Rahim
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Kuasa lantikan dan pemecatan Exco kerajaan negeri tertakluk di bawah Menteri Besar, kata seorang pengamal undang-undang, Datuk Sallehudin Saidin.
 
Sallehudin menjelaskan, perkara itu termaktub dalam Undang-undang Tubuh Negeri Selangor.
 
"Di bawah perlembagaan dan di bawah undang-undang tubuh kerajaan negeri Selangor, kuasa lantikan exco-exco negeri adalah terletak pada Menteri Besar di atas perkenan Tuanku. Dan kalau pecat pun kuasa Menteri Besar. Lantikan pun kuasa Menteri Besar, Tuanku hanya perkenan sahaja.
 
"Maknanya kalau MB lantik Exco, MB nak pecat Exco. MB hanya maklumkan pada Tuanku. Kalau Tuanku perkenan maka pecatlah dia. Bukannya kuasa Tuanku untuk memecat," katanya menjelaskan mengenai soal lantikan dan pemecatan seseorang Exco kerajaan negeri dari perspektif perundangan.
 
Sebelum ini, pelbagai pihak mendesak agar tiga Exco PAS di Selangor meletakkan jawatan susulan Majlis Syura Ulama PAS memutuskan kerjasama politik dengan PKR, Khamis lalu.
 
Bagaimanapun Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan sebelum ini dilaporkan berkata, hanya Sultan Selangor boleh mengarahkan ketiga-tiga exco PAS berkenaan meletakkan jawatan.
 
Beliau dilaporkan berkata, Datuk Iskandar Samad, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi dan Zaidy Abdul Talib akan kekal memegang jawatan selagi diperkenan sultan.
 
Keadaan semakin rumit selepas Mesyuarat Biro Politik PKR malam tadi mengarahkan semua wakil parti itu dalam kerajaan negeri Kelantan pimpnan PAS, melepaskan jawatan masing-masing susulan keputusan menamatkan tahaluf siyasi antara mereka.
 
Bagaimanapun mesyuarat itu memutuskan, kedudukan tiga exco dan wakil PAS dalam kerajaan negeri Selangor pimpinan PKR akan diputuskan sekembalinya Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali daripada lawatan rasmi di luar negara.
 
Jawatankuasa PAS Pusat pula akan bermesyuarat esok bagi menentukan kedudukan tiga exco mereka di Selangor. 
 
Sementara itu, Setiausaha Sulit kepada Sultan Selangor, Datuk Mohammad Munir Bani berkata kedudukan barisan exco kerajaan negeri termasuk tiga exco PAS masih status quo, sehinggalah Azmin menghadap Sultan Sharafuddin Idris Shah.
 
 


Demikianlah Artikel Kuasa pecat exco di tangan MB, Sultan hanya perkenan

Sekianlah artikel Kuasa pecat exco di tangan MB, Sultan hanya perkenan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kuasa pecat exco di tangan MB, Sultan hanya perkenan dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/05/kuasa-pecat-exco-di-tangan-mb-sultan.html

Subscribe to receive free email updates: