Judul : Mahathir takkan sokong Anwar sebagai calon PM, kata Penganalisis
link : Mahathir takkan sokong Anwar sebagai calon PM, kata Penganalisis
Mahathir takkan sokong Anwar sebagai calon PM, kata Penganalisis
Oleh Athirah Hanapiah
SHAH ALAM: Tindakan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr Mahathir Mohamad yang tidak mengangkat plakad 'Anwar PM ke-7' sewaktu Kongres Nasional PKR baru-baru ini jelas menunjukkan beliau tidak menyokong Ketua Umum PKR itu diangkat sebagai calon Perdana Menteri.
Penganalisis Politik, Prof Datuk Dr Ramlah Adam menyifatkan reaksi mantan Perdana Menteri itu sebagai gimik politik berhubung ‘sokongan’ beliau terhadap Anwar sekarang.
“Itu maknanya dia tidak setujulah (Anwar jadi PM) walaupun dia bersama (dalam kongres).
“Saya rasa ini gimik politik, ini satu usaha politik, tapi saya percaya Tun Mahatahir tak akan diamkan, dia tak angkat sepanduk maknanya dia tak setujulah,” katanya ketika dihubungi Antarapos.
Kongres Nasional PKR pada Ahad lalu riuh dengan sokongan padu mahukan Anwar menjadi Perdana Menteri seterusnya mendesak pembebasan suami kepada Presiden parti itu, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dari tahanan penjara.
Bagaimanapun gelagat Dr Mahathir, Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin dan timbalan presidennya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir mencuri tumpuan ramai apabila tidak turut serta mengangkat plakad 'Anwar PM ke-7'.
Dr Mahathir sebaliknya dilihat memegang telefon pintarnya dan merakam perwakilan yang mengangkat plakad, manakala pula Muhyiddin sekadar bertepuk tangan.
Sementara itu Mukhriz yang ditemui pemberita kemudiannya berkata, nama calon perdana menteri ke-7 akan dibawa ke dalam perbincangan Pakatan Harapan (PH) pada sesi akan datang.
Ahli baru DAP, Datuk Zaid Ibrahim bagaimanapun menyelar tindakan mengangkat Anwar sebagai calon PM ke-7 dan menyifatkannya satu perbuatan ‘sombong’.
Zaid sebelum ini pernah mendesak Pakatan Harapan agar mencalonkan Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri mewakili pembangkang.
Dalam pada itu, mengulas tindakan Dr Mahathir yang menandatangani petisyen pembebasan Anwar, Ramlah menyifatkan bekas perdana menteri itu sebagai pemimpin yang tidak mempunyai integriti.
Katanya, tindakan pemimpin veteran tersebut seolah-olah satu 'pusingan U' lebih-lebih lagi apabila beliau sendiri yang 'menyumbat' Anwar ke dalam semasa era pemerintahannya sebelum ini.
“Adakah pada masa dahulu dia seorang Perdana Menteri, dia fikirkan kepentingan negara atau kepentingan diri dia sendiri dengan sumbat Anwar Ibrahim dalam penjara.
“Jadi bagi saya taraf Tun Mahathir tu nak jadikan Anwar Ibrahim tu PM saya rasa dia bukan jilat balik, saya rasa segala perkara buruk yang dia dah buat dulu berpalit ke muka dia.
“Isunya sekarang, adakah yang dilakukan itu salah atau benar ikut Mahathir, jadi kalau Mahathir suruh keluarkan dia (Anwar) bermakna Mahathir pun seolah-olah buat silap tuduh Anwar dulu," ujar Ramlah.
Demikianlah Artikel Mahathir takkan sokong Anwar sebagai calon PM, kata Penganalisis
Sekianlah artikel Mahathir takkan sokong Anwar sebagai calon PM, kata Penganalisis kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Mahathir takkan sokong Anwar sebagai calon PM, kata Penganalisis dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/05/mahathir-takkan-sokong-anwar-sebagai.html