Judul : 'Makanan Dibazir Setinggi 30 Bangunan KLCC'
link : 'Makanan Dibazir Setinggi 30 Bangunan KLCC'
'Makanan Dibazir Setinggi 30 Bangunan KLCC'
Kuala Lumpur - Kerajaan disaran menganjurkan lebih banyak program kesedaran pembaziran sifar bagi membendung isu pembaziran makanan yang kerap berlaku terutama ketika Ramadan.Aktivis masyarakat, Tan Sri Lee Lam Thye, berkata langkah berkenaan penting untuk menggalakkan budaya tidak membazir makanan dalam kalangan rakyat.
Beliau berkata, kajian Solid Waste Management Corporation (SWCorp) menunjukkan rakyat Malaysia membuang kira-kira 17,800 tan makanan setiap hari.
Lebih membimbangkan, katanya, kajian SWCorp menunjukkan sepanjang Ramadan setiap tahun, rakyat di negara ini membuang 270,000 tan makanan yang 'tidak diusik' dan boleh dimakan semula.
"Jika disusun, longgokan makanan ini bersamaan dengan ketinggian 30 bangunan KLCC dan ketinggian KLCC ialah 452 meter.
"Sekiranya kempen ini tidak berkesan, pihak berkuasa wajar memperkenalkan undang-undang baharu supaya individu membazir makanan didenda atau dikenakan hukuman lain.
"Ia bagi menimbulkan kesedaran dan memberi pengajaran kepada pesalah dan orang ramai," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Lam Thye berkata, isu pembaziran perlu dipertimbangkan dalam cadangan melaksanakan program bantuan makanan Jawatankuasa Peringkat Tinggi Kemiskinan Bandar.
Katanya, pihak berkuasa dan penyedia makanan boleh mencontohi langkah diambil restoran tertentu di negara ini yang mendenda pelanggan tidak menghabiskan makanan bufet.
"Kesedaran mengenai pembaziran makanan amat penting berikutan ada puluhan keluarga miskin tidak mendapat makanan mencukupi setiap hari," katanya.
Demikianlah Artikel 'Makanan Dibazir Setinggi 30 Bangunan KLCC'
Sekianlah artikel 'Makanan Dibazir Setinggi 30 Bangunan KLCC' kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel 'Makanan Dibazir Setinggi 30 Bangunan KLCC' dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/05/makanan-dibazir-setinggi-30-bangunan_27.html