Judul : 'Malay Mart Tidak Akan Menyerah Kalah Kepada Warga Asing'
link : 'Malay Mart Tidak Akan Menyerah Kalah Kepada Warga Asing'
'Malay Mart Tidak Akan Menyerah Kalah Kepada Warga Asing'
Lambakan peniaga warga asing di Kuala Lumpur dan Selangor menyebabkan peniaga tempatan terpaksa gulung tikar ekoran tidak mampu bersaing dengan mereka.Lebih malang, mereka sudah berani mengugut peniaga tempatan supaya menutup perniagaan seperti yang terjadi kepada pemilik My Malay Mini Mart ini.
Sejak semalam menjadi viral di laman Facebook yang dimuatnaik oleh seorang lelaki bernama Azuan Khames di mana beliau telah menceritakan kisahnya selepas pergi ke sebuah kedai runcit.
Apa yang menjadi tanda tanya, beliau terlihat satu tulisan yang menyatakan beliau tidak akan mengalah dengan warga asing, kenapa beliau menaikkan pesanan itu? jom kita baca.
Assalamualaikum semua..tersentak jiwa saya bila baca tulisan ni di luar kedai di kawasan Saujana Utama, Sungai Buluh.
"Malay Mart tidak akan menyerah kalah pada warga asing"..
Bila saya singgah di kedai ni...tuan kedai kongsikan pada saya..ada seorang warga asing mempertikaikan beliau yang masih berniaga disitu walau keuntungan kedai tak seberapa dan minta peniaga kedai ni segera menutup perniagaan kerana tak akan mampu bersaing dengan peniaga runcit warga asing...
soalnya..
1)Wajarkah kita semua di warga asing kan oleh warga asing? ?
2)berdosa kah abg kita tu berniaga di tanah nenek moyang kita??
3) serendah inikah harga diri seorang melayu??
Pesan terakhir abg kedai sebelum saya meninggalkan kedai beliau..
"Abg sekolah tak tinggi dik"
"Dengan cara ni je abg tahu cari makan"
"Walaupun adik beli air je kat kedai abang , abang ucap terima kasih sangat kat adik"
Nak meleleh air mata saya tinggalkan kedai dia..
#savemymalaymart
#saujanautama
Demikianlah Artikel 'Malay Mart Tidak Akan Menyerah Kalah Kepada Warga Asing'
Sekianlah artikel 'Malay Mart Tidak Akan Menyerah Kalah Kepada Warga Asing' kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel 'Malay Mart Tidak Akan Menyerah Kalah Kepada Warga Asing' dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/05/malay-mart-tidak-akan-menyerah-kalah.html