Judul : MENANG PRU 14 DULU ATAU NAMAKAN CALON PM DULU?
link : MENANG PRU 14 DULU ATAU NAMAKAN CALON PM DULU?
MENANG PRU 14 DULU ATAU NAMAKAN CALON PM DULU?
shahbudindotcom
Tiba-tiba saja Pakatan Harapan bagai dilanda angin perpecahan berikutan munculnya semula isu siapa calon Perdana Menteri sekiranya Pakatan Harapan berjaya memenangi pilihanray akan datang.
Isunya bukan kerana Pakatan Harapan tidak bersetuju nama Anwar Ibrahim dicalonkan, tetapi siapakah calon Perdana Menteri interim atau peralihan sementara Ketua Umum PKR itu dibebaskan dari penjara?
Kongres PKR Ahad lalu bukan setakat menamakan Anwa sebagai Perdana Menteri ke 7, bahkan meletakkan Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Perdana Menteri peralihan sementara menunggu suaminya dibebaskan dan kemudian diusahakan baginya pengampunan Diraja.
Menunggu Anwar dibebaskan dan adanya seseorang yang lain perlu menduduki jawatan itu terlebih dahulu, bermakna Anwar bukanlah calon Perdana Menteri ke 7, sebaliknya adalah giliran yang ke 8. Perdana Menteri interim itulah yang ke 7 sebenarnya.
Sesiapa pun boleh menamakan sesiapa saja sebagai calon Perdana Menteri interim untuk Pakatan Harapan, namun pemilihan haruslah bersandarkan kepada kemampuan untuk menerajui kemenangan dengan kebolehan paling mantap menyerlahkan keyakinan rakyat serta menimbulkan "kegerunan" kepada Najib Razak yang bakal ditumbangkan.
Jika salah pilihan calon, bukan saja Pakatan Harapan tidak mungkin menang, bahkan hasrat untuk menjadikan Anwar sebagai Perdana Menteri juga tidak mungkin kesampaian.
Maka, jika benar ingin menjadikan Anwar sebagai Perdana Menteri, kemenangan Pakatan Harapan mesti digapai terlebih dahulu, bukan sekadar menonjolkan namanya di plakad semata-mata.
Meskipun pelbagai nama turut dijadikan sebutan seperti Tun Mahathir Mohamad, Muhyiddin Yassin dan Azmin Ali, selain Dr Wan Azizah sendiri, perkara itu hakikatnya sudah pun dipersetujui dalam Pakatan Harapan untuk dibincangkan terlebih dahulu sebelum diumumkan.
Banyak khabar mengatakan ia bakal diumumkan sebelum PRU 14 diadakan. Bagaimanapun sehingga ini perbincangan belum lagi mencapai apa-apa kata putus mengenainya. Tidak pasti sama ada akhirnya ia dapat dimuktamad dan diumumkan atau sebaliknya.
Selain itu, disebut juga oleh beberapa pemimpin sebelum ini bahawa dalam Pakatan Harapan tidak ada mana-mana parti boleh mendakwa sebagai "big brother" atau "abang besar" yang boleh menentu dan membuat keputusan dalam segala hal. Semua perkara dikhabarkan perlu dibincangkan dan dipersetujui terlebih dahulu.
Watak "big brother" hanya ada dalam BN dan Pakatan Harapan dikatakan ingin tampil berbeza di hati rakyat jelata.
Lantaran itu, Kongres PKR yang menamakan Anwar sebagai Perdana Menteri dan Dr Wan Azizah sebagai Perdana Menteri interim seperti tidak kena dengan dengan irama dan lagu yang selalu dinyanyikan.
Dalam soal ini, Pakatan Harapan mesti kembali ke meja perundingan untuk memuktamadkan siapa calon Perdana Menteri selepas Najib ditumbangkan. Jika ada konsensus, namakanlah pemimpin berkenaan secara terbuka dan tanpa-tanpa ragu.
Tetapi, jika tidak ada konsensus, bukan kerana ketiadaan calon yang sesuai atau layak untuk ditonjolkan, tetapi disebabkan lebih daripada seorang yang difikirkan bersesuaian, Pakatan Harapan tidak harus menjadikan isu itu sebagai keutamaan.
Mereka mesti kembali kepada perkara pokok iaitu memastikan kemenangan dan hasrat menumbangkan Najib, UMNO dan BN benar-benar menjadi kenyataan. Calon Perdana Menteri boleh dipilih dan dirundingkan kemudian sebagaimana memilih Menteri Besar selepas Pakatan Rakyat menang di Selangor dan Perak sebelum ini.
Sebenarnya bukanlah sesuatu yang pelik pengisi jawatan itu tidak dinamakan kerana yang penting ada dibariskan calon-calon yang sesuai untuk bertanding dan mereka saling berpakat dan bekerjasama antara satu sama lain untuk mencapai kemenangan.
Mewujudkan lebih daripada seorang calon Perdana Menteri bahkan boleh membawa keseronokan dan keterujaan kepada pengundi berbanding menamakan seorang calon secara khusus.
Jika dengan tidak menamakan sesiapa itu lebih baik dan mampu menjana ke arah kemenangan, ia tentunya jauh lagi penting daripada ghairah menamakan seseorang, tetapi akhirnya hanya menyebabkan perpecahan.
Yang penting, jangan dikecewakan rakyat yang mahukan perubahan. Bagi majoriti pengundi, meskipun siapa calon Perdana Menteri interim itu agak penting, tetapi lebih penting bagi mereka ialah wujudnya ruang yang konsisten dan kukuh bahawa Najib yang banyak masalah benar-benar dapat dikalahkan.
Menamakan seseorang sebagai calon Perdana Menteri interim, tetapi jika hanya membawa keselesaan kepada Najib untuk menang, ia tentunya lebih membawa kesengsaraan dan menyebabkan rakyat hidup dalam tekanan untuk tahun-tahun mendatang.
Jangan sampai isu calon Perdana Menteri membawa perpecahan dan menimbulkan rasa kecewa di hati rakyat. Tidak menamakan sesiapa, tetapi sesama mereka yang dirasakan sesuai menjadi Perdana Menteri itu terus kukuh berpadu tenaga untuk menumbangkan Najib, ia adalah jauh lebih penting daripada segala-galanya.
Selepas menang, pemilihan Perdana Menteri mungkin boleh dilakukan berdasarkan parti yang memperolehi paling banyak kerusi kemenangan, konsensus selepas perundingan atau boleh juga secara undian di kalangan anggota Majlis Presiden Pakatan Harapan.
Menamakan calon Perdana Menteri terlebih dahulu memang menyeronokkan dan boleh juga membawa mereka yang berkaitan lebih dahulu menempah baju atau penyokong berangan-angan dalam kalbu, tetapi semua itu akan menjadi tidak bermakna kiranya kemenangan akhirnya kandas di tengah jalan.
Demikianlah Artikel MENANG PRU 14 DULU ATAU NAMAKAN CALON PM DULU?
Sekianlah artikel MENANG PRU 14 DULU ATAU NAMAKAN CALON PM DULU? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel MENANG PRU 14 DULU ATAU NAMAKAN CALON PM DULU? dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/05/menang-pru-14-dulu-atau-namakan-calon.html