Judul : Mohd Amar, Iskandar Samad, Idris Ahmad kekal Naib Presiden PAS
link : Mohd Amar, Iskandar Samad, Idris Ahmad kekal Naib Presiden PAS
Mohd Amar, Iskandar Samad, Idris Ahmad kekal Naib Presiden PAS
Oleh Shuhaniza Said, Ainor Rahim, Syed Mu'az Syed Putra
ALOR SETAR: Tiga penyandang Naib Presiden PAS iaitu Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, Idris Ahmad dan Datuk Iskandar Abdul Samad mengekalkan gandingan mereka untuk penggal 2017-2019.
Mereka menyingkirkan Ahli Parlimen Temerloh Nasrudin Hassan yang bertanding untuk kali pertama dalam saingan jawatan nombor tiga parti berteraskan Islam itu.
Idris mendapat 1,062 undi, Mohd Amar pula sebanyak 950 undi, Iskandar pula dengan 703 undi manakala Nasrudin hanya peroleh 478 undi.
Keputusan pemilihan PAS diumumkan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan, Datuk Abdul Mutalib Embong, sebentar tadi.
"Idris Ahmad mendapat 1,062 undi, Datuk Mohd Amar Abdullah mendapat 950 undi, Datuk Iskandar Abdul Samad mendapat 703 undi dan Nasruddin Hassan mendapat 478 undi.
"Dengan ini jawatan Naib Presiden disandang oleh Idris Ahmad, Datuk Mohd Amar Abdullah dan Datuk Iskandar Abdul Samad," katanya ketika mengumumkan keputusan itu.
Sementara itu bekas Ketua Pemuda PAS, Nik Abduh Nik Aziz mengekalkan kerusi sebagai salah seorang daripada 18 kerusi bagi Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat.
Pemilihan jawatankuasa bagi penggal ini begitu berbeza berbanding pemilihan penggal lalu, di mana suasana pada kali ini dilihat lebih harmoni ekoran tiada pertembungan antara golongan ulama dan profesional sebagaimana sebelum ini.
Perwakilan memilih untuk mengekalkan Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai Presiden, dan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man sebagai Timbalan Presiden.
Kedua-duanya diisytiharkan menang tanpa bertanding selepas tidak dicabar mana-mana individu, sekali gus memberi isyarat bahawa ahli parti itu meyakini gandingan Hadi-Tuan Ibrahim menerajui parti dalam mendepani Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Berikut senarai penuh Jawatankuasa Kerja PAS Pusat bagi 2017-2019:-
Pengerusi Tetap: Hussin Ismail (MTB)
Timbalan Pengerusi Tetap: Kamal Shaari (MTB)
Presiden: Datuk Seri Abdul Hadi Awang (MTB)
Timbalan Presiden: Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (MTB)
Naib presiden (3):
1. Idris Ahmad (1,062)
2. Datuk Mohd Amar Abdullah (950)
3. Datuk Iskandar Abdul Samad (703)
4. Nasruddin Hassan (478)
Pemeriksa kira-kira:
1. Najib Mat
2. Mat Syukor Abd Aziz
Ahli jawatankuasa kerja (18):
1. Nik Mohd Abduh Nik Abdul Azi (1,005)
2. Datuk Dr Mohd Fadzli Hassan (1,001)
3. Dr Riduan Mohd Noor (970)
4. Datuk Mohd Nassuruddin Daud (970)
5. Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali (932)
6. Dr Najihatussolehah Ahmad (887)
7. Dr Mohd Zuhdi Marzuki (878)
8. Dr Halimah Ali (872)
9. Sallehen Mukhyi (848)
10. Dr Ahmad Fakhruddin Sheikh Fakhrurrazi (797)
11. Dr Rosni Adam (752)
12. Razman Zakaria (730)
13. Dr Azman Ibrahim (730)
14. Mokhtar Senik (724)
15. Kamaruzzaman Mohamad (715)
16. Abdullah Hussin (666)
17. Misbahul Munir Masduki (639)
18. Ir Muhtar Suhaili (618)
Demikianlah Artikel Mohd Amar, Iskandar Samad, Idris Ahmad kekal Naib Presiden PAS
Sekianlah artikel Mohd Amar, Iskandar Samad, Idris Ahmad kekal Naib Presiden PAS kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Mohd Amar, Iskandar Samad, Idris Ahmad kekal Naib Presiden PAS dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/05/mohd-amar-iskandar-samad-idris-ahmad.html