Mufti: Rakyat Malaysia boleh kahwin warga asing elak zina

Mufti: Rakyat Malaysia boleh kahwin warga asing elak zina - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Mufti: Rakyat Malaysia boleh kahwin warga asing elak zina, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Mufti: Rakyat Malaysia boleh kahwin warga asing elak zina
link : Mufti: Rakyat Malaysia boleh kahwin warga asing elak zina

Baca juga


Mufti: Rakyat Malaysia boleh kahwin warga asing elak zina

 
Mufti Pahang berkata, pasangan itu perlu membuat pengesahan yang diperakukan Jabatan Agama Islam Pahang untuk memudahkan urusan masa depan.


abdul-rahman-osman_kahwin

KUANTAN: Perkahwinan di antara rakyat tempatan dengan warga asing yang dilaksanakan
mengikut kehendak hukum syarak khususnya di Pahang, diharuskan bagi mengelakkan perkara bertentangan agama Islam.

Mufti Pahang, Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman berkata, pada masa sama, pasangan itu perlu membuat pengesahan yang diperakukan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) untuk memudahkan urusan masa depan.

“Kita cuma mahu menyelesaikan masalah ini mengikut hukum syarak bagi kes-kes berkaitan. Katalah kalau ada orang hendak berkahwin, jika kita tidak benarkan, mereka akan berzina pula.

“Oleh itu, kita terpaksa kahwinkan mereka juga, namun bila sudah berkahwin, ia akan menyalahi undang-undang imigresen pula (jika tidak melakukan mengikut prosedur), itu tidak boleh selesai…kalau dah berkahwin dan tidak daftar, akan jadi masalah kemudian hari, termasuk persekolahan anak,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Pelancaran Penubuhan Sekretariat NGO Islam Pahang pada Selasa, sebagai mengulas tindakan yang boleh dikenakan terhadap wanita tempatan berkahwin dengan warga asing tanpa mematuhi syarat dan prosedur perkahwinan ditetapkan Jabatan Imigresen.

Katanya, perkara itu sudah dibincangkan dengan mendalam pada mesyuarat Majlis Agama Islam dan Adat Resam negeri Pahang (MUIP) baru-baru ini.

“Dari segi hukum syarak, kita sudah lepas (tanggungjawab). Namun, perkara berkaitan undang-undang imigresen kita kurang pasti.

“Jika pihak penguat kuasa (imigresen) hendak mengambil tindakan ke atas pasangan yang terlibat, mereka boleh buat kerana itu merupakan sebahagian daripada tugas mereka. Tetapi, dari aspek agama pula, mereka diharuskan berkahwin,” katanya.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed dalam kenyataan berkata, wanita tempatan yang berkahwin dengan warga asing tanpa mematuhi syarat dan prosedur yang ditetapkan Jabatan Imigresen boleh dikenakan tindakan kerana melindungi pendatang tanpa izin.

Ia merupakan kesalahan mengikut Seksyen 55E (1) Akta Imigresen 1959/63 (Pindaan 2002). Jika sabit kesalahan, boleh dikenakan hukuman denda sehingga RM10,000 atau penjara sehingga 5 tahun atau 6 sebatan.

Malah, Permit Lawatan Kerja Sementara (PLKS) buruh berkenaan boleh terbatal secara automatik dan perlu meninggalkan negara ini.



Demikianlah Artikel Mufti: Rakyat Malaysia boleh kahwin warga asing elak zina

Sekianlah artikel Mufti: Rakyat Malaysia boleh kahwin warga asing elak zina kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Mufti: Rakyat Malaysia boleh kahwin warga asing elak zina dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/05/mufti-rakyat-malaysia-boleh-kahwin.html

Subscribe to receive free email updates: