Nazri minta Dr M jangan dolak-dalih, dedahkan belanja p'raya

Nazri minta Dr M jangan dolak-dalih, dedahkan belanja p'raya - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Nazri minta Dr M jangan dolak-dalih, dedahkan belanja p'raya, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Nazri minta Dr M jangan dolak-dalih, dedahkan belanja p'raya
link : Nazri minta Dr M jangan dolak-dalih, dedahkan belanja p'raya

Baca juga


Nazri minta Dr M jangan dolak-dalih, dedahkan belanja p'raya

Zikri Kamarulzama


Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Nazri Abdul Aziz berkata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad telah gagal menjawab cabarannya supaya mendedahkan perbelanjaan pilihan raya ketika beliau memegang kuasa.

Katanya, Dr Mahathir tidak perlu berdolak-dalih tetapi jawab sahaja soalannya itu.

Rabu lalu, Dr Mahathir menjawab apa yang disifatkannya sebagai tuduhan Nazri kepadanya "mencuri duit".

"Tuduh lah. Dia boleh buat laporan polis mengenainya. (Tetapi) segala hadiah termasuk 26 kereta dihadiah semasa saya jadi PM, saya bagi balik kepada kerajaan.

"Pergilah ke Langkawi, boleh lihat apa yang saya bagi balik. Nilainya lebih satu milion, atau lebih," kata Dr Mahathir dalam satu ceramah di Kuala Lumpur.

Nazri bagaimanapun berhujah bahawa itu tidak menjawab soalan yang dibangkitkannya.

"Saya tidak pernah bercakap tentang hadiah, saya tidak pernah kata saya mahu buat laporan polis, dan saya tidak pernah memanggilnya pencuri, beliau yang menyebutnya sendiri.

"(Dr Mahathir menjadi perdana menteri) untuk lima pilihan raya ... beberapa bilion (dana pilihan raya) dia kutip, dari siapa, berapa banyak dia belanja, berapa bakinya, di mana ia sekarang?

"Itu sahaja ... Jawab sahaja kelima-lima soalan itu...," kata Nazri sambil menambah bahawa beliau mahu Dr Mahathir menyatakan mengenai semua wang yang dikutipnya itu.

Menteri kebudayaan dan pelancongan itu membuat cabaran tersebut sebagai reaksi balas terhadap tuduhan Dr Mahathir bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak didakwa mencuri wang rakyat untuk membiayai kempen pilihan rayanya pada 2013.

Pengkritik Najib mendakwa wang itu telah dipesongkan dari 1MDB.

Bagaimanapun, Najib telah berulang kali menafikan telah menyalahgunakan dana 1MDB.



Demikianlah Artikel Nazri minta Dr M jangan dolak-dalih, dedahkan belanja p'raya

Sekianlah artikel Nazri minta Dr M jangan dolak-dalih, dedahkan belanja p'raya kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Nazri minta Dr M jangan dolak-dalih, dedahkan belanja p'raya dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/05/nazri-minta-dr-m-jangan-dolak-dalih.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :