Orang Asli Semang hampir pupus diwarta warisan negara

Orang Asli Semang hampir pupus diwarta warisan negara - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Orang Asli Semang hampir pupus diwarta warisan negara, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Orang Asli Semang hampir pupus diwarta warisan negara
link : Orang Asli Semang hampir pupus diwarta warisan negara

Baca juga


Orang Asli Semang hampir pupus diwarta warisan negara

 BERNAMA




Orang Asli Semang di negara ini perlu diwartakan sebagai warisan negara yang wajib dilindungi berikutan golongan itu terbukti salah satu populasi tertua di dunia berusia lebih 60,000 tahun dan berdepan risiko diancam 'kepupusan' sekiranya tidak diberi perhatian serius.

Pengarah Pusat Penyelidikan Biokimia Analisis (ABrC), Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Madya Dr Zafarina Zainuddin berkata, melalui kajian genetik, Orang Asli seperti Bateq, Kensui dan Lanoh mempunyai usia ujian asid deoksiribonukleik (DNA) yang lebih tua jika dibandingkan dengan kumpulan aborigin di Australia dan Irian Jaya, Indonesia.

Berdasarkan kajian, katanya, masyarakat ini didapati mempunyai komposisi genetik yang agak berbeza dengan masyarakat moden dan ini menyebabkan mereka kurang boleh beradaptasi dengan persekitaran pada masa ini.

“Misalnya, ubat yang boleh diambil masyarakat moden tidak semestinya sesuai dengan Orang Asli dan boleh menyebabkan keracunan kepada mereka.

Prof Madya Dr Zafarina Zainuddin Prof Madya Dr Zafarina Zainuddin “Kajian terhadap gen yang diperlukan untuk perlindungan badan terhadap sesuatu jenis penyakit juga mendapati Orang Asli ini kehilangan beberapa gen yang boleh menyebabkan mereka terdedah kepada penyakit tersebut,” katanya kepada Bernama selepas menyampaikan ceramah 'Siapa itu Melayu' sempena Kongres Melayu Kedah, di sini baru-baru ini.

Kajian genetik tersebut, katanya, yang diketuai Pengarah Integrative Pharmacogenomics Institute (iPromise) UiTM, Prof Datuk Dr Mohd Zaki Salleh dengan kolaborasi USM dan Universiti Kebangsaan Malaysia, melibatkan penjujukan penuh genom Orang Asli.

"Apabila penduduk ini hilang...ia hilang selama-lamanya. Oleh itu kajian ini bukan sahaja bertujuan untuk membangunkan pangkalan data DNA Orang Asli bagi pelbagai tujuan seperti forensik dan perubatan, tetapi ia boleh digunakan untuk merangka polisi yang lebih baik bagi melindungi masyarakat Orang Asli ini daripada terus terdedah kepada ancaman ‘kepupusan’.

Menurut laman web rasmi Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), Orang Asli Negrito/Semang terdiri daripada enam suku iaitu Kensiu, Kintak, Lanoh, Jahai, Mendriq dan Bateq.

Suku Kensiu, misalnya, yang kebanyakan tinggal di kawasan pinggir Baling, Kedah, sehingga kini terdapat 204 orang daripada 39 keluarga, manakala suku Lanoh yang tinggal di pedalaman Perak sebanyak 359 orang dari tiga buah perkampungan.

Pemantauan atau undang-undang yang lebih ketat juga, kata Zafarina, perlu diwujudkan bagi memastikan DNA Orang Asli ini tidak dibawa keluar secara senyap-senyap oleh penyelidik daripada luar untuk tujuan kajian, bagi mengelakkan ‘warisan negara’ yang sangat berharga itu dieksploitasi oleh pihak luar.

Zafarina berkata, memandangkan mereka ini boleh dianggap sebagai satu populasi yang sangat ‘rapuh'’ , pihak-pihak yang bertanggungjawab perlu mengambil pendekatan baharu bagi memastikan survival masyarakat Orang Asli.

"Ketidakupayaan mereka untuk beradaptasi dengan persekitaran yang disebabkan oleh faktor genetik memerlukan pendekatan berbeza dan perlu dilakukan dengan pantas sebelum mereka terus hilang ditelan arus kemodenan," katanya.

Malah beliau turut meminta kerajaan mempertimbangkan langkah pemberian ubat perancang kepada golongan ini atas alasan keadaan sosioekonomi mereka yang tidak stabil, sebaliknya mencari langkah lain bagi mengatasi masalah tersebut.



Demikianlah Artikel Orang Asli Semang hampir pupus diwarta warisan negara

Sekianlah artikel Orang Asli Semang hampir pupus diwarta warisan negara kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Orang Asli Semang hampir pupus diwarta warisan negara dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/05/orang-asli-semang-hampir-pupus-diwarta.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :