PAS perlu 'jelas' jumlah kerusi sasaran, kata PKR

PAS perlu 'jelas' jumlah kerusi sasaran, kata PKR - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PAS perlu 'jelas' jumlah kerusi sasaran, kata PKR, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PAS perlu 'jelas' jumlah kerusi sasaran, kata PKR
link : PAS perlu 'jelas' jumlah kerusi sasaran, kata PKR

Baca juga


PAS perlu 'jelas' jumlah kerusi sasaran, kata PKR

Oleh Shuhaniza Said
Post Pic
 
 
PETALING JAYA: PAS perlu 'jelas' dengan jumlah kerusi yang mahu di tandinginya pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) kerana terdapat beberapa percanggahan mengenai itu di kalangan pemimpinnya, kata Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution.
 
Beliau tidak mahu mengulas kenyataan Ketua Penerangan PAS, Nasrudin Hassan semalam bahawa parti itu mahu bertanding di 100 buah kerusi termasuk yang dimiliki PKR, sebaliknya meminta PAS tidak mengubah-ubah angka berkenaan.
 
"Sebelum muktamar PAS, Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad cakap PAS nak bertanding 80 kerusi parlimen, Presiden PAS pula kata sasar lima negeri dan nak jadi kerajaan dan dia yakin menang 40 kerusi. 
 
"Timbalan Presiden PAS kata nak bertanding 80 kerusi parlimen, semalam Ketua Penerangan PAS kata nak bertanding 100 kerusi parlimen. Jadi Saya hanya akan komen kalau PAS betul-betul ada kejelasan dari segi banyak mana dia nak bertanding. Saya percaya PAS akan selesaikan dulu sebenarnya dia nak berapa kemudian barulah kita komen," katanya dalam sidang media di ibu pejabat parti itu sebentar tadi.
 
Semalam, Nasrudin membayangkan parti itu bersedia bertanding di 100 buah kerusi parlimen pada PRU14 akan datang.
 
Ujar Ahli Parlimen Temerloh itu, daripada jumlah tersebut, PAS menjangkakan 40 kerusi adalah kerusi 'mudah menang' manakala selebihnya memerlukan kerja kuat jentera parti.
 
“Kita mungkin akan meletakkan lebih 100 kerusi (parlimen) yang akan dipertandingkan, cuma 40 itu kita sasarkan menang dan mudah menang.
 
“Di samping itu, kita perlu menang lebih lagi antara 60 hingga 80 kerusi ke atas berdasarkan kerja kuat jentera parti,” petik kata Nasruddin. 
 
Malah katanya, PAS masih mempunyai peluang di kawasan yang menyaksikan pertembungan tiga penjuru.



Demikianlah Artikel PAS perlu 'jelas' jumlah kerusi sasaran, kata PKR

Sekianlah artikel PAS perlu 'jelas' jumlah kerusi sasaran, kata PKR kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel PAS perlu 'jelas' jumlah kerusi sasaran, kata PKR dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/05/pas-perlu-jelas-jumlah-kerusi-sasaran.html

Subscribe to receive free email updates: