PAS usah mengata ke dulang paku serpih...

PAS usah mengata ke dulang paku serpih... - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PAS usah mengata ke dulang paku serpih..., kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PAS usah mengata ke dulang paku serpih...
link : PAS usah mengata ke dulang paku serpih...

Baca juga


PAS usah mengata ke dulang paku serpih...

Oleh Lokman Ramlee
Post Pic
 
 
[ULASAN] Memang benar kata Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan, ketika PAS sedang sibuk mengendalikan Muktamar ke-63nya di Kota Sarang Semut, Kedah minggu lalu, ada pihak yang ‘lebih sibuk’ berusaha mahu mengganggu kelancaran sidangnya.
 
Penemuan kertas siaran berukuran saiz A4 yang bertajuk “Zuhud PAS???” menyerang dua pemimpin PAS berhubung pemilikan kenderaan lebih mewah selepas menjadi ahli parlimen dan patung “Lebai Monyet” dianggap Takiyuddin sebagai serangan psikologi.
 
“Kami kenal siapa buat tu sama ada guna poster oren, pamplet sebaran di dalam sisipan akhbar itupun kami kenal dan kami tidak terkejutlah kerana kita mengenali kawan kita lebih daripada mengenal musuh kita.
 
“Ia tindakan terdesak pihak berkenaan untuk cuba ganggu perjalanan muktamar kita,” katanya.

Takiyuddin berkata, penemuan patung monyet berserban di Jalan Tandop, terletak kira-kira lima kilometer dari Kompleks PAS juga adalah serangan psikologi untuk mengganggu perjalanan muktamar.
 
“Itu cubaan ganggu, tapi saya nampak ahli kita tenang, tidak jadi emosi dan kita terima itu sebagai serangan psikologi dari mereka yang ingin timbulkan suasana tidak tenang mungkin untuk pengaruhi keputusan pemilihan,” katanya.
 
Jika penilaian Takiyuddin berhubung motif percubaan sabotaj itu sekadar mahu mengganggu dengan memberi tekanan psikologi terhadap ahli akar umbi PAS itu benar, bersyukurlah ahli-ahli muktamar tidak emosi dan dapat menerimanya dengan tenang.
 
Mungkin ini boleh dibaca sebagai satu kejayaan dan hasil didikan konsep politik matang dan sejahtera yang dianuti PAS. Namun persoalannya adakah itu satu hakikat?

Ini kerana di sekitar Alor Setar ada pula kain-kain rentang yang memancarkan mesej yang kurang “bahagia” daripada pihak yang mendakwa “penyokong-penyokong kuat PAS Kedah”. 
 
Beberapa kain rentang dilihat digantung di laluan Alor Setar-Yan menuju muktamar tahunan PAS. Pada kain rentang berkenaan dipaparkan wajah tiga wakil rakyat PAS yang didakwa ‘Harum-manis’ dengan gesaan supaya keluar parti.
 
Tiga pemimpin yang didakwa ‘Luar Hijau, dalam oren’ itu merujuk kepada Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar; Adun Anak Bukit, Datuk Amiruddin Hamzah serta Adun Kubang Rotan, Mohd Nasir Mustafa.
 
Kain rentang yang tertera tulisan ‘Sila Keluar PAS’ ditemui digantung di Jalan Putra.
 
Bagaimanapun tidak dipastikan pihak mana bertanggungjawab menggantung kain rentang berkenaan. Yang ada adalah catatan ia daripada “penyokong kuat PAS Kedah”.

 
Mahfuz berkata, beliau tidak berkecil hati dengan ‘gurauan’ itu, sebaliknya tetap bersemangat untuk menyedarkan pimpinan dan ahli PAS tentang pentingnya parti itu bersama  Pakatan Harapan.
 
“Terima kasihlah pada orang yang buat. Mungkin mereka yang gantung kain rentang itu termakan desakan Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dan disokong presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang mahu halau saya keluar parti,” katanya.
 
Menurut Mahfuz, gesaan itu tidak sedikitpun memberi kesan terhadap dirinya.
 
“Walaupun pimpinan PAS mahu memutuskan hubungan dengan PKR dan menolak kerjasama dengan Pakatan Harapan, namun saya percaya majoriti ahli PAS mahu bersama Pakatan Harapan,” katanya.
 
Sementara Mohd Nasir pula menyifatkan ia perkara biasa dan tidak sedikitpun terasa hati.
 
“Tak sangka masih ada segelintir yang ingat saya dengan cara sebegitu. Saya tak tengokpun lagi cuma tahu dari Whatsapp dan Facebook,” katanya.
 
Perihal kancah politik dalaman di antara Mahfuz Omar dan pimpinan PAS yang dianggap ‘duri dalam daging’ PAS itu bukan rahsia lagi. Namun agak sukar untuk menerima hakikat bahawa kain-kain rentang berkenaan digantung sendiri oleh penyokong Mahfuz.
 
Jika jari boleh dituding kepada ‘musuh-musuh dalam selimut” yang boleh menyusup dalam muktamar PAS untuk menyebarkan risalah memburukkan dua pemimpin PAS, maka tidaklah payah untuk merumuskan bahawa isu kain rentang bukan kerja penyokong Mahfuz. 
 
Bila ada serangan dan tindak balas sedemikian maka ia membayangkan bahawa tarbiyah untuk menjadikan ahli-ahli PAS matang dan melalui cubaan politik dengan sejahtera masih belum begitu berkesan. 
 
Kewujudan kain-kain rentang itu sebenarnya “melambakkan” perbalahan senyap di antara Mahfuz, Amiruddin dan Nasir dengan pimpinan PAS di khalayak ramai. Jika ia serangan sebelah pihak mudah dirumuskan siapakah yang lebih besar dosanya. Namun ia mesti membabitkan dua belah pihak.

Malangnya, untuk mencuri perhatian umum menggunakan kempen “hanyir” sedemikian adalah “usang dan tidak bertamadun”. Mungkin ada yang berpendapat itu isu kecil namun harus diingat jalan yang hendak direntasi PAS jauh lebih mulia dan terhormat dari cara ini.
 
PAS mahu jadi ‘parti suci’ dalam mendepani konflik politik nasional. PAS tidak mendendami sesiapa, tidak rasis atau cauvinis. PAS cuma tidak mahu mana-mana pihak memperdaya dan cuba menghina Islam dan Melayu. Jika demikian nilai budi PAS, ia mesti dipamerkan segera.
 
Namun bila masih ada politik cara lama begini, Haji Hadi dan pimpinan PAS hari seharusnya menggandakan usaha tarbiyah dari peringkat bawah lagi bahawa akhlak dan idealism perjuangan PAS adalah jauh lebih mulia daripada seteru dan saingannya. 
 
Apabila sifat budiman ini dipancarkan dari peringkat akar umbi hingga ke aras pimpinan tertinggi, barulah PAS boleh dipercayai mampu menyebarkan kematangan berpolitik nan sejahtera.
 
 
 


Demikianlah Artikel PAS usah mengata ke dulang paku serpih...

Sekianlah artikel PAS usah mengata ke dulang paku serpih... kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel PAS usah mengata ke dulang paku serpih... dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/05/pas-usah-mengata-ke-dulang-paku-serpih.html

Subscribe to receive free email updates: