Pegawai Kanan Zakat Pulau Pinang Ditahan Kerana Rasuah

Pegawai Kanan Zakat Pulau Pinang Ditahan Kerana Rasuah - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pegawai Kanan Zakat Pulau Pinang Ditahan Kerana Rasuah, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pegawai Kanan Zakat Pulau Pinang Ditahan Kerana Rasuah
link : Pegawai Kanan Zakat Pulau Pinang Ditahan Kerana Rasuah

Baca juga


Pegawai Kanan Zakat Pulau Pinang Ditahan Kerana Rasuah

Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Zakat Pulau Pinang (ZPP) bergelar Datuk bersama tiga pegawai kanan ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Georgetown, semalam.

Pengarah SPRM negeri Datuk Abd Aziz Aban berkata, pihaknya turut menahan tujuh kontraktor yang didapati bersekongkol dengan kakitangan ZPP berkenaan.

Menurutnya, dalam operasi yang dinamakan Op Miskin itu, pihaknya menahan Ketua Pegawai Eksekutif berusia 50 tahun itu di pejabatnya di Bandar Perda, Bukit Mertajam, dekat sini, 10.40 pagi, semalam.

"Tiga lagi kakitangan yang turut ditahan di pejabat berkenaan berusia antara 35 hingga 40 tahun.

"Selain itu, kita turut menahan tujuh kontraktor berusia 41 hingga 52 tahun di rumah dan pejabat mereka," katanya pada sidang media di pejabatnya, hari ini.

Beliau berkata, siasatan mendapati Ketua Pegawai Eksekutif itu dipercayai menerima barang berharga, wang tunai dan cek daripada beberapa syarikat kontraktor dan pembekal sebagai dorongan memberi projek berkaitan program pembangunan masyarakat.

"Tujuh kontraktor yang ditahan itu pula didapati kerap menerima projek atau tender daripada tiga kakitangan ZPP berkenaan," katanya.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 17 (a) dan Seksyen 17 (b) serta Seksyen 23 Akta SPRM yang boleh dihukum penjara tidak lebih 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali nilai suapan.

Sementara itu, perintah reman selama seminggu dikeluarkan Majistret Mohamad Amin Shahul Hamid terhadap suspek di Mahkamah Majistret Georgetown, 4.30 petang, hari ini.


Demikianlah Artikel Pegawai Kanan Zakat Pulau Pinang Ditahan Kerana Rasuah

Sekianlah artikel Pegawai Kanan Zakat Pulau Pinang Ditahan Kerana Rasuah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pegawai Kanan Zakat Pulau Pinang Ditahan Kerana Rasuah dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/05/pegawai-kanan-zakat-pulau-pinang.html

Subscribe to receive free email updates: