Judul : Pelajar Kolej Matrikulasi Pulau Pinang Maut Terkena Renjatan Elektrik
link : Pelajar Kolej Matrikulasi Pulau Pinang Maut Terkena Renjatan Elektrik
Pelajar Kolej Matrikulasi Pulau Pinang Maut Terkena Renjatan Elektrik
Kepala Batas - Seorang pelajar perempuan Kolej Matrikulasi Pulau Pinang di sini maut dipercayai terkena renjatan elektrik di bilik asramanya malam tadi.Mangsa, Siti Nor Manisya Amer Prem Kumar, 19, pelajar jurusan sains di kolej berkenaan ditemukan dalam keadaan terbaring dan tidak sedarkan diri oleh rakannya kira -kira jam 8.15 malam.
Rakan mangsa kemudiannya melaporkan kejadian itu kepada pihak pengurusan kolej.
Mangsa dibawa ke Hospital Kepala Batas( HKB) untuk rawatan namun disahkan meninggal dunia.
Sementara itu, ibu mangsa, Norsiah Shaari, 53, berkata dia sekeluarga baru sahaja bertemu dengan Siti Nor Manisya kira -kira dua jam sebelum kejadian berlaku.
“Kali terakhir dalam jam 6 lebih kami angkat barang dia (mangsa), sekitar 7 malam, dia ajak kami makan dan dia belanja kami makan. Dia ceria, saya rasa gembira dia hendak balik dua hari lagi, memang kami waktu makan semua seperti biasa. Dia ceria orangnya, saya terima, redha dengan ujian Allah,” kata Norsiah ketika ditemui di sini malam tadi.
Menurut Norsiah, anaknya akan menamatkan sesi pengajiannya akan Selasa ini.
Jenazah mangsa dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Masjid Hashim Yahya, Jalan Perak selepas solat Zohor hari ini.
Demikianlah Artikel Pelajar Kolej Matrikulasi Pulau Pinang Maut Terkena Renjatan Elektrik
Sekianlah artikel Pelajar Kolej Matrikulasi Pulau Pinang Maut Terkena Renjatan Elektrik kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Pelajar Kolej Matrikulasi Pulau Pinang Maut Terkena Renjatan Elektrik dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/05/pelajar-kolej-matrikulasi-pulau-pinang.html