Pelanggan Terkejut Dicaj RM32 Sepinggan Nasi

Pelanggan Terkejut Dicaj RM32 Sepinggan Nasi - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pelanggan Terkejut Dicaj RM32 Sepinggan Nasi, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pelanggan Terkejut Dicaj RM32 Sepinggan Nasi
link : Pelanggan Terkejut Dicaj RM32 Sepinggan Nasi

Baca juga


Pelanggan Terkejut Dicaj RM32 Sepinggan Nasi


Kuala Lumpur - Viral di media sosial seorang pelanggan mempertikaikan harga hidangan yang dikenakan terhadapnya dianggap tidak masuk akal.

Menurut lelaki berkenaan, dia belum pernah dalam sejarah hidupnya makan di gerai tepi jalan dikenakan caj makanan semahal itu.

Berdasarkan gambar, pelanggan terbabit mengambil lauk sayur, nasi penuh, dua ketul sotong dan seekor udang dan dikenakan caj RM32.00.

"Cuba bayangkanlah kalau terkena pada orang yang susah, apalah perasaan mereka? Kalau tak mampu bayar, kena cuci pinggan?

"Saya juga berniaga, selalu pergi ke pasar dan sudah biasa dengan harga pasar. Tetapi saya selalu letakkan diri saya pada pelanggan agar saya dapat rasa apa yang pelanggan rasanya," katanya.

Bagaimanapun peniaga gerai makan berkenaan kesal dengan tindakan pelanggan berkenaan memilih untuk menviralkan perkara itu berbanding berbincang dengannya terlebih dahulu.

"Harga udang RM15 seekor, sotong RM7 seketul dan awak ambil dua ketul. Sayur RM1 dan nasi penuh pinggan pula RM2. Harga telah dinyatakan pada senarai yang disediakan. Kenapa tak tengok dulu?

"Kenapa tak complaint semasa makan tempoh hari? Sekarang awak nak salahkan saya pula. Awak nak makan untuk awak juga, bukan untuk orang lain. Kalau awak nak murah, makan macam kawan awak itu," katanya.

Menurut peniagaa berkenaan, tindakan lelaki itu telah merosakkan nama kedainya. Bagi mengelakkan perkara lebih buruk berlaku, peniaga terbabit mahu mengembalikan wang RM32 kepada pelanggan berkenaan dan menghalalkan apa yang telah dimakan. Tetapi tidak mahu menghalalkan tindakannya yang menviralkan perkara itu di media sosial.

"Saya halalkan apa yang awak makan dan saya takkan halal apa yang awak viralkan," katanya.

Tetapi pelanggan berkenaan enggan menerimanya dan memberikan nasihat agar ikhlas dalam berniaga.

Sementara itu di media sosial, rata-rata mengatakan netizen harga yang dikenakan tidak munasabah.

Walau apa pun pandangan kita semua, gunakan kelebihan kita sebagai pengguna. Jika tidak bersetuju dengan harga yang dinyatakan, pengguna boleh memilih untuk tidak terus makan di situ. Amalkan bertanya tentang harga makanan sebelum menjamu selera.


Demikianlah Artikel Pelanggan Terkejut Dicaj RM32 Sepinggan Nasi

Sekianlah artikel Pelanggan Terkejut Dicaj RM32 Sepinggan Nasi kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pelanggan Terkejut Dicaj RM32 Sepinggan Nasi dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/05/pelanggan-terkejut-dicaj-rm32-sepinggan_23.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :