Penjualan Bandar Malaysia Kepada Syarikat China Terbatal

Penjualan Bandar Malaysia Kepada Syarikat China Terbatal - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Penjualan Bandar Malaysia Kepada Syarikat China Terbatal, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Penjualan Bandar Malaysia Kepada Syarikat China Terbatal
link : Penjualan Bandar Malaysia Kepada Syarikat China Terbatal

Baca juga


Penjualan Bandar Malaysia Kepada Syarikat China Terbatal

Perjanjian jualan saham (SSA) Bandar Malaysia dengan Iskandar Waterfront Holdings Sdn Bhd (IWH) dan China Railway Engineering Corperation (M) Sdn Bhd (CREC), membabitkan 60 peratus modal terbitan dan berbayar Bandar Malaysia Sdn Bhd, kini terbatal berikutan kegagalan pihak pembeli menunaikan tanggungjawab pembayaran.

Dalam satu kenyataan hari ini, TRX City Sdn Bhd berkata, susulan pemeteraian SSA berkenaan, IWH dan CREC menyerahkan manfaat dan tanggungjawab kepada IWH CREC Sdn Bhd (IWH CREC) pada 21 Julai tahun lepas.

Menurut TRX City, biarpun lanjutan tempoh diberikan, namun IWH CREC terbukti gagal memenuhi tanggungjawab pembayaran sepertimana termaktub dalam syarat-syarat SSA yang ditandatangani pada 31 Dis, 2015.

"Berikutan itu, SSA antara pihak terbabit terbatal berkuat kuasa serta-merta," katanya.

Susulan itu, kata TRX City, dengan mengambil kira kepentingan nilai tanah Bandar Malaysia, Kementerian Kewangan selaku pemegang tunggal kepentingan TRX City, akan mengekalkan pemilikan 100 peratus terhadap kawasan itu bagi memastikan rakyat Malaysia mendapat manfaat hasil daripada pembangunan kawasan tersebut.

TRX City juga, dalam masa terdekat ini akan mempelawa pihak yang berminat sebagai pemaju induk Bandar Malaysia dengan pemilikan penuhnya dikekalkan pada Kementerian Kewangan.


"Proses pemilihan itu akan melibatkan kriteria yang ketat termasuk rekod pencapaian atau prestasi, kadar tempoh pelaksanaan dan kemampuan kewangan bagi pembangunan berskala besar itu.

"Ini penting bagi mempertingkatkan semua aspek Bandar Malaysia termasuk peranannya sebagai hab perniagaan, pengangkutan, penempatan dan pelancongan.

"Langkah yang diambil hari ini bertujuan memastikan tidak wujud sebarang masalah jangka panjang dalam pembangunan Bandar Malaysia dan apabila siap kelak, ia dapat menepati (peranan) sebagai kepentingan negara pada tahap lebih baik berbanding sebelumnya," katanya.


Malah, Bandar Malaysia juga akan berperanan sebagai pemangkin pertumbuhan ekonomi dan pembangunan negara.

"Bersandarkan faktor kelebihannya sebagai tapak pembangunan terbesar di Malaysia dan di kedudukan strategik, ia akan menawarkan banyak peluang perniagaan, pelaburan dan pekerjaan termasuk Bandar Internet Kuala Lumpur yang menjadi hab Zon Perdagangan Bebas Digital (DFTZ)," kata kenyataan itu.

Bandar Malaysia juga akan muncul sebagai nukleus pengangkutan Malaysia dengan menghubungkan perkhidmatan Kereta Api Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur-Singapura, laluan Transit Aliran Massa (MRT), Komuter KTM, Express Rail Link (ERL) dan 12 lebuh raya.


Demikianlah Artikel Penjualan Bandar Malaysia Kepada Syarikat China Terbatal

Sekianlah artikel Penjualan Bandar Malaysia Kepada Syarikat China Terbatal kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Penjualan Bandar Malaysia Kepada Syarikat China Terbatal dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/05/penjualan-bandar-malaysia-kepada_3.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :