Pertahan agenda Islam di Selangor

Pertahan agenda Islam di Selangor - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pertahan agenda Islam di Selangor, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pertahan agenda Islam di Selangor
link : Pertahan agenda Islam di Selangor

Baca juga


Pertahan agenda Islam di Selangor

Mohd Amar Nik Abdullah
Mohd Amar Nik Abdullah


KOTA BHARU - Pas mempertahankan tindakannya untuk mengekalkan tiga exco dalam pentadbiran kerajaan Selangor.

Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, buat masa ini tiada keperluan Pas untuk membuat keputusan drastik termasuk mengarahkan exco tersebut meletak jawatan.

Beliau berkata, selain mandat rakyat, antara punca parti itu mempertahankan tindakan itu adalah kerana mahu mempertahankan agenda Islam di negeri itu.

"Tiada alasan untuk kita keluar, lagipun lantikan exco adalah persetujuan Tuanku, selagi Tuanku tidak bagi pandangan, lebih baik kita  kekalkan," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Mohd Amar berkata, buat masa ini, Pas melihat perkembangan semasa politik di negeri itu, namun yakin Menteri Besar, Datuk Seri Azmin Ali akan membuat keputusan terbaik.

Ditanya tindakan beberapa pihak termasuk DAP yang berterusan mendesak Pas keluar dari Kerajaan Selangor, beliau berkata, DAP perlu melihat kembali tindakan parti itu ketika bertindak keluar dari Pakatan Rakyat.

"Dulu DAP berpecah dengan Pas dan  keluar daripada pakatan pun dia tak tarik exco sedangkan itu adalah kerajaan pakatan rakyat, mereka perlu sedar diri," katanya.

Berhubung dengan lantikan politik di negeri Selangor,  Timbalan Menteri Besar Kelantan itu berkata, Pas melihat perkembangan semasa.

"Kita tengok dulu,  bagaimanapun saya percaya Menteri Besar akan bertindak dengan bijak. Di Kelantan tiada masalah, kita tidak buang dan kekalkan semua penyelia Dun dan Parlimen," katanya



Demikianlah Artikel Pertahan agenda Islam di Selangor

Sekianlah artikel Pertahan agenda Islam di Selangor kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pertahan agenda Islam di Selangor dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/05/pertahan-agenda-islam-di-selangor.html

Subscribe to receive free email updates: