Judul : Pertempuran Marawi: Tentera pertingkat kawalan di sempadan negara
link : Pertempuran Marawi: Tentera pertingkat kawalan di sempadan negara
Pertempuran Marawi: Tentera pertingkat kawalan di sempadan negara
Tentera melakukan rondaan bersama polis di 200 kawasan bagi mengelak penyusupan kumpulan bersenjata dari Filipina ke Malaysia.
KUALA LUMPUR: Kawalan di sempadan negara khususnya di Sabah dipertingkat bagi mengelak penyusupan anggota kumpulan bersenjata ke Malaysia susulan pertempuran dengan tentera Filipina di bandar Marawi, Mindanao.
“(Kita) bimbang ada yang larikan diri dan menyusup masuk ke dalam negara. Oleh itu kawalan keselamatan terutama di Sabah diperketat dan diperkemaskan lagi,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Tabung Ihya Ramadan di Masjid Khalid Al-Walid di sini hari ini.
Ekoran insiden tersebut, Presiden Filipina Rodrigo Duterte mengisytiharkan undang-undang tentera di wilayah selatan negara itu.
Selain itu, Raja Mohamed Affandi berkata pihaknya bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa Filipina bagi memastikan insiden tidak diingini berlaku.
“Pertukaran maklumat sentiasa dilakukan bagi menentukan tindakan yang wajar dilakukan oleh tentera dalam memastikan keselamatan negara terjamin selain tentera turut melakukan rondaan bersama polis di 200 kawasan seperti lapangan terbang,” katanya.
Demikianlah Artikel Pertempuran Marawi: Tentera pertingkat kawalan di sempadan negara
Sekianlah artikel Pertempuran Marawi: Tentera pertingkat kawalan di sempadan negara kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Pertempuran Marawi: Tentera pertingkat kawalan di sempadan negara dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/05/pertempuran-marawi-tentera-pertingkat.html