Pesuruhjaya Kanak-kanak perlu diwujudkan – Azalina

Pesuruhjaya Kanak-kanak perlu diwujudkan – Azalina - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pesuruhjaya Kanak-kanak perlu diwujudkan – Azalina, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pesuruhjaya Kanak-kanak perlu diwujudkan – Azalina
link : Pesuruhjaya Kanak-kanak perlu diwujudkan – Azalina

Baca juga


Pesuruhjaya Kanak-kanak perlu diwujudkan – Azalina

THE MALAYSIAN TIMES



LONDON:  Pesuruhjaya Kanak-kanak perlu diwujudkan bagi memantau, menyelaras dan mengkaji semua undang-undang berkaitan jenayah seksual kanak-kanak, kata Menteri di Jabatan Perdana Datuk Seri Azalina Othman Said.

Beliau berkata pesuruhjaya itu yang akan bergerak secara bebas, bukan sahaja mengkaji peraturan undang-undang tetapi juga dari segi elemen dan dasar sesuatu undang-undang itu terhadap jenayah seksual kanak-kanak.

Keperluan untuk mewujudkan Pesuruhjaya Kanak-kanak ini akan dibentangkan kepada Kabinet minggu depan hasil tinjauannya ke atas Mahkamah Kanak-kanak di India dan United Kindom, kata Azalina kepada wartawan Malaysia di sini Selasa.

Azalina bersama isteri perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor, yang juga Penaung Permata Negara, serta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim, mengadakan lawatan ke Mahkamah Majistret Stratford di sini yang dijadikan Mahkamah Keganasan Rumahtangga.

Selain mengikuti prosiding mahkamah tersebut, mereka diberi taklimat oleh Pengurus Pendakwaan Perundangan mahkamah itu Paul Okebu mengenai pengendalian kes jenayah seksual kanak-kanak.

Mereka turut mengadakan pertemuan dengan pegawai-pegawai Crown Prosecution Service yang diketuai Duncan Moass, Timbalan Ketua Bahagian Antarabangsa, mengenai perkara yang sama.

Turut bersama ialah Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di United Kingdom Datuk Ahmad Rasidi Hazizi dan Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Sharifah Zarah Syed Ahmad.

Sebelum ke London, Azalina mengadakan lawatan ke India bagi melihat pelaksanaan Mahkamah Kanak-kanak di negara itu.

Menyentuh mengenai penubuhan Mahkamah Kanak-kanak yang pertama di Malaysia iaitu di Istana Kehakiman di Putrajaya, Azalina berkata mahkamah itu yang akan mula beroperasi pada Jun ini akan turut mengendalikan kes jenayah seksual kanak-kanak di Kuala Lumpur dan Selangor.

Bagi mengendalikan kes-kes berkaitan jenayah tersebut yang memerlukan kepakaran dan kefahaman yang mendalam mengenai kanak-kanak, beliau berkata hakim Mahkamah Sesyen serta pihak pendakwaan akan menjalani kursus khas mulai Khamis ini



Demikianlah Artikel Pesuruhjaya Kanak-kanak perlu diwujudkan – Azalina

Sekianlah artikel Pesuruhjaya Kanak-kanak perlu diwujudkan – Azalina kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pesuruhjaya Kanak-kanak perlu diwujudkan – Azalina dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/05/pesuruhjaya-kanak-kanak-perlu.html

Subscribe to receive free email updates: