Polis mahu jumpa aktivis Jufazli pada 7 Jun

Polis mahu jumpa aktivis Jufazli pada 7 Jun - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Polis mahu jumpa aktivis Jufazli pada 7 Jun, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Polis mahu jumpa aktivis Jufazli pada 7 Jun
link : Polis mahu jumpa aktivis Jufazli pada 7 Jun

Baca juga


Polis mahu jumpa aktivis Jufazli pada 7 Jun

 
Jufazli berkata polis sedang menyiasat status Facebook dia berkaitan Ketua Menteri Sabah Musa Aman.


jufazlii-musa 

PETALING JAYA: Aktivis Jufazli Shi Ahmad, yang mahu mencabar Ketua Menteri Sabah Datuk Musa Aman pada pilihan raya negeri akan datang, berkata beliau menerima panggilan daripada polis hari ini berikutan satu kes baru.

Dalam satu kenyataan, katanya dia menerima panggilan kira-kira 11:30 pagi daripada seorang inspektor dari Balai Polis Penampang untuk bertemunya di Kota Kinabalu pada 7 Jun 2017.

“Saya tidak takut,” katanya mengenai kemungkinan ditangkap dan telefon bimbitnya dirampas pada hari itu.

Dia percaya penyokongnya dan rakyat Sabah bersamanya dalam kritikannya terhadap Musa dan kerajaan negeri Barisan Nasional (BN).

Jufazli berkata pegawai yang sama pernah menghubunginya bulan lepas untuk membuat temujanji berhubung siasatan status Facebook.

Beliau berkata status itu tersebar luas dan menambah beliau terkejut dengan arahan baharu polis.
Katanya berdasarkan nasihat peguamnya, polis perlu menjalankan siasatan sebelum membuat penangkapan jika bukti salah laku ditemui.

Pada 10 Januari, Jufazli memberitahu FMT, di sebuah restoran di Sandakan 3 lelaki mendekatinya dan mengancam sesuatu buruk akan menimpa dirinya jika dia terus bercakap tentang VIP tertentu, .
Pada Disember tahun lepas, dia mengumumkan akan bertanding untuk kerusi DUN Sibuga, yang kini dipegang Musa.

Pada 9 November, dia ditahan di sebuah pusat membeli-belah di Kuala Lumpur dan disiasat atas kesalahan fitnah, hasutan dan kesalahan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia. Dia ditahan sehingga 15 November.

Jufazli berkata dia tidak didakwa walaupun dikurung di Balai Polis Jinjang di Kuala Lumpur dan Balai Polis Tawau di Sabah.

Aktivis dari Semporna itu seorang pengkritik kerajaan Sabah, terutama dengan kes rasuah baru-baru ini yang melibatkan jabatan air negeri itu.

Seorang bekas pengarah jabatan dan 2 yang lain didakwa atas kes pengubahan wang haram melibatkan sejumlah RM61.48 juta.

Kes akan bermula pada 4 Julai.



Demikianlah Artikel Polis mahu jumpa aktivis Jufazli pada 7 Jun

Sekianlah artikel Polis mahu jumpa aktivis Jufazli pada 7 Jun kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Polis mahu jumpa aktivis Jufazli pada 7 Jun dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/05/polis-mahu-jumpa-aktivis-jufazli-pada-7.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :