Polis Sabah siasat dakwaan kemasukan lelaki bersenjata di Lahad Datu

Polis Sabah siasat dakwaan kemasukan lelaki bersenjata di Lahad Datu - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Polis Sabah siasat dakwaan kemasukan lelaki bersenjata di Lahad Datu, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Polis Sabah siasat dakwaan kemasukan lelaki bersenjata di Lahad Datu
link : Polis Sabah siasat dakwaan kemasukan lelaki bersenjata di Lahad Datu

Baca juga


Polis Sabah siasat dakwaan kemasukan lelaki bersenjata di Lahad Datu

Abdul Hakim Rahman, Astro Awani
Polis Sabah siasat dakwaan kemasukan lelaki bersenjata di Lahad Datu
Menurut Ramli, laporan polis itu dibuat oleh seorang pekerja ladang berusia 52 tahun selepas dikatakan terserempak dengan kumpulan tersebut. - Gambar fail
 
 
KOTA KINABALU: Polis Sabah sedang menyiasat laporan seorang pekerja ladang yang mendakwa terserempak dengan lima lelaki memakai pakaian celoreng dan lengkap bersenjata yang mendakwa ingin 'menyelamatkan' orang di Sabah.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Ramli Din ketika dihubungi hari ini berkata, pihaknya sedang menjalankan siasatan terperinci bagi menyiasat kesahihan dakwaan lelaki tersebut.

"Kita sudah mengerakkan semua elemen bagi memeriksa laporan pekerja ladang tersebut.
"Siasatan awal mendapati lelaki berkenaan telah beberapa kali terserempak dengan kumpulan bersenjata namun hanya melaporkannya pada Isnin," katanya ketika dihubungi Astro AWANI.

Astro AWANI difahamkan, pekerja ladang berkenaan yang sudah tinggal di Sabah sejak 2010 terserempak dengan sekumpulan lelaki bersenjata itu ketika sedang membersihkan kebun di ladang Sawit Blok 8, Felda Sahabat 2, Lahad Datu pada 20 April lalu.

Lelaki berkenaan mendakwa kumpulan berkenaan membawa bersama dua laras mesin gun M60, dua laras M16 dan satu unit M14, masing-masing dipegang oleh setiap lelaki yang dicam olehnya.

Pekerja ladang berusia 52 tahun itu menyatakan bahawa dia bercakap dengan dua daripada lelaki berkenaan dalam bahasa Tagalog dan mendakwa bahawa mereka bukan berada di situ untuk menimbulkan masalah sebaliknya untuk menyelamatkan orang-orang di Sabah.

Dalam laporannya, pekerja ladang itu juga memberitahu lima orang itu mendakwa mereka adalah sebahagian daripada 37 orang yang datang melalui jalan laut.

Menurutnya lagi, dia tidak dicederakan dan dibenarkan untuk meninggalkan ladang berkenaan.

Ramli berkata masih terlalu awal untuk membuat sebarang kenyataan dan meminta agar orang ramai tidak panik dan beliau memberi jaminan keadaan di Sabah masih dalam keadaan selamat dan beliau meminta agar orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi mengenai perkara ini.

Pada Februari 2013, kumpulan bersenjata yang diketuai oleh Sulu Force Royal menceroboh Tanduo di kawasan Felda Tungku sebelum operasi besar-besaran dilancarkan untuk mengusir mereka. 
 
 


Demikianlah Artikel Polis Sabah siasat dakwaan kemasukan lelaki bersenjata di Lahad Datu

Sekianlah artikel Polis Sabah siasat dakwaan kemasukan lelaki bersenjata di Lahad Datu kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Polis Sabah siasat dakwaan kemasukan lelaki bersenjata di Lahad Datu dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/05/polis-sabah-siasat-dakwaan-kemasukan.html

Subscribe to receive free email updates: