Putus kerjasama dengan PKR tindakan ke belakang Pas lawan rasuah - Ezam

Putus kerjasama dengan PKR tindakan ke belakang Pas lawan rasuah - Ezam - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Putus kerjasama dengan PKR tindakan ke belakang Pas lawan rasuah - Ezam, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Putus kerjasama dengan PKR tindakan ke belakang Pas lawan rasuah - Ezam
link : Putus kerjasama dengan PKR tindakan ke belakang Pas lawan rasuah - Ezam

Baca juga


Putus kerjasama dengan PKR tindakan ke belakang Pas lawan rasuah - Ezam

MALAYSIA DATELINE

Mohamad Ezam Mohd NorMohamad Ezam Mohd Nor

Keputusan Majlis Syura Ulamak Pas menamatkan hubungan politik dengan PKR disifatkan sebagai tindakan yang salah dan langkah ke belakang dari sudut perjuangan besar melawan kerajaan rasuah.

Bekas Senator Mohamad Ezam Mohd Nor berkata, jika Pas benar-benar mengutamakan kepentingan rakyat, parti itu seharusnya mementingkan agenda melawan rasuah kerana ia memberi kesan besar kepada kemelut dan keperitan hidup rakyat hari ini.

"Perkara penting ketika ini adalah melawan sebuah kerajaan yang tahap rasuahnya di peringkat paling parah dalam sejarah negara.

"Keperitan rakyat hari ini jelas kerana pentadbiran Putrajaya dipalit skandal kewangan terbesar yang di sebut secara rasmi dan terbuka seluruh dunia sebagai kleptokrasi," katanya dalam kenyataan hari ini.

Majlis Syura Ulamak Pas Khamis lalu sebulat suara mengambil keputusan untuk menamatkan tahaluf siyasi dengan PKR secara serta-merta.

Setiausaha majlis itu, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh dilaporkan berkata keputusan itu dibuat susulan tindakan PKR melanggar beberapa syarat kerjasama politik antara kedua-dua parti yang terjalin sejak sekian lama.

Mengulas lanjut, Ezam yang menubuhkan Parti Bebas Rasuah pada Mac lalu juga berkata, Pas sebagai sebuah parti yang berlandaskan perjuangan Islam menunjukkan sikap yang bercanggah dengan perjuangan Islam.

"Maka apabila Pas sebagai parti Melayu yang diharap bangkit menentang parti Melayu yang sudah lari dari perjuangan membela melayu membuat keputusan seperti ini tentulah ia satu keputusan yang salah dari segi maslahah rakyat khususnya maslahah umat Melayu.

"Apakah Pas mahu melihat semua institusi Melayu seperti Tabung Haji, Felda, MARA lingkup dengan gejala rasuah yang sudah bersarang baru mahu bangkit soal rasuah sebagai perjuangan utama?" soalnya yang dilantik sebagai Presiden Parti Bebas Rasuah.

Bagaimanapun beliau yakin masih belum terlambat bagi Pas memperbetulkan keputuan dan meletakkan keutamaan yang betul dalam pertimbagan politik mereka.

"Saya tetap berdoa dan percaya masih belum terlambat untuk Pas memperbetulkan keputusan dan meletakkan keutamaan yang betul didalam pertimbangan politik hari ini.

"Saya juga percaya ramai di kalangan pendukung Pas yang masih mahu bersama dalam satu pasukan yang akan melawan regim rasuah habis-habisan dan melakar sejarah membina kerajaan baru yang akan meletakkan agenda melawan rasuah dan menangkap perasuah sebagai agenda utama.

"Bukan terperangkap dengan agenda perasuah yang mahu terus kekal berkuasa dan terus melakukan rasuah," katanya.



Demikianlah Artikel Putus kerjasama dengan PKR tindakan ke belakang Pas lawan rasuah - Ezam

Sekianlah artikel Putus kerjasama dengan PKR tindakan ke belakang Pas lawan rasuah - Ezam kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Putus kerjasama dengan PKR tindakan ke belakang Pas lawan rasuah - Ezam dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/05/putus-kerjasama-dengan-pkr-tindakan-ke.html

Subscribe to receive free email updates: