Putus kerjasama politik PKR-PAS: 'Perkara baik tak perlu tangguh'

Putus kerjasama politik PKR-PAS: 'Perkara baik tak perlu tangguh' - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Putus kerjasama politik PKR-PAS: 'Perkara baik tak perlu tangguh', kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Putus kerjasama politik PKR-PAS: 'Perkara baik tak perlu tangguh'
link : Putus kerjasama politik PKR-PAS: 'Perkara baik tak perlu tangguh'

Baca juga


Putus kerjasama politik PKR-PAS: 'Perkara baik tak perlu tangguh'

Oleh Wan Anis Ilyani Wan Mohammad Azhar
Post Pic
 
 
SHAH ALAM:  Ahli PAS seumur hidup, Ismail Mina Ahmad menggesa Majlis Syura Ulama menyegerakan keputusan putus hubungan dengan PKR.
 
"Saya sokong, saya sudah lama sebut perkara ini, dan Alhamdulillah ia dilaksanakan PAS. Saya sangat bersetuju.
 
"Majlis Syura Ulama perlu mempercepatkan sebab keputusan muktamar jelas. Tak perlu ditangguh. Perkara yang baik patut disegerakan, memang baik diputuskan," katanya kepada Antarapos, hari ini.
 
Muktamar PAS ke-63 di Kota Sarang Semut, Kedah berakhir semalam bersetuju menerima usul memutuskan hubungan tahaluf siyasi dengan PKR, atas alasan parti itu sudah beberapa kali mengkhianati perjanjian kerjasama.
 
Keputusan muktamad diserahkan kepada Majlis Syura Ulama PAS yang dikatakan bakal menetapkan satu tarikh bagi bermesyuarat, dalam menentukan hala tuju tahaluf siyasi PAS dengan PKR.
 
Ia mengambil kira kerjasama PKR dengan Amanah dan DAP menerusi Pakatan Harapan (PH), kegagalannya menyokong usaha PAS memperkasakan bidang kuasa Mahkamah Syariah melalui Pindaan Akta 355 dan siri-siri kenyataan yang dianggap biadap sehingga menjejaskan hubungan dua parti.
 
Kesemua perwakilan di muktamar itu bingkas menyatakan persetujuan dengan bangun dan melaungkan takbir ketika usul dibuka untuk perbahasan, dan kemudiannya disahkan oleh pengerusi tetap.
 
Semalam Ketua Umno Bahagian Ampang, Datuk Ismail Kijo menyifatkan adalah satu penghinaan kepada perwakilan PAS jika Majlis Syura Ulama gagal menghormati gesaan untuk putus hubungan dengan PKR.
 
Mengulas hal sama, Ismail percaya Majlis Syura Ulama mempunyai justifikasi tersendiri dan 'memahami' kehendak ahli-ahli PAS.
 
"Ahli-ahli PAS sedar bagaimana mereka telah dan sedang dipermainkan oleh DAP dan PKR. Oleh demikian sebagai salah satu parti tertua di Malaysia dan mempunyai pelbagai pengalaman, mereka semestinya mengambil satu keputusan yang jelas mengenai bagaimana hendak melaksanakan hasrat perlembagaan mereka untuk membuang segala halangan yang boleh melambatkan proses yang ada di dalam perlembagaan mereka.
 
"Yang mana halangan terbesar adalah PKR dan DAP, bagaimana kita lihat RUU 355 dan banyak lagi yang tidak dapat pergi jauh apabila masih kekalnya tahaluf siyasi PKR dengan DAP," tegasnya lagi.
 
 


Demikianlah Artikel Putus kerjasama politik PKR-PAS: 'Perkara baik tak perlu tangguh'

Sekianlah artikel Putus kerjasama politik PKR-PAS: 'Perkara baik tak perlu tangguh' kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Putus kerjasama politik PKR-PAS: 'Perkara baik tak perlu tangguh' dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/05/putus-kerjasama-politik-pkr-pas-perkara.html

Subscribe to receive free email updates: